Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat bersalin berisiko rendah akan dipeluas ke seluruh negara

-

ALOR SETAR: Pusat Bersalin Berisiko Rendah (LRBC) akan diperluask­an di seluruh negara dalam usaha meningkatk­an kemudahan kesihatan untuk kalangan wanita bersalin, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramania­m.

Beliau berkata pusat itu akan diwujudkan berhampira­n dengan hospital bagi memudahkan urusan menangani sebarang kes kecemasan sekiranya berlaku.

“Pihak pakar (minta LRBC) jangan jauh daripada hospital...kalau apa-apa berlaku, bantuan dari sana (hospital) boleh sampai dengan cepat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan LRBC Alor Setar di sini, semalam. Turut hadir Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Norhizan Ismail.

Dr Subramania­m berkata LRBC kini terdapat di Putrajaya dan Kuantan selain LRBC Alor Setar yang mula beroperasi pada 1 Okt lepas.

Katanya LRBC diwujudkan di tiga tempat itu terlebih dahulu adalah bertujuan mengurangk­an kesesakan berikutan lebih 23 peratus daripada keseluruha­n pesakit yang dirawat di hospital di situ adalah berkaitan kehamilan.

“Ada wad yang sesuai untuk menempatka­n 30 pesakit sahaja, tetapi kadang-kadang perlu masukkan sampai 40 katil. Jadi, dengan adanya pusat bersalin seperti ini, boleh kurangkan kesesakan pesakit di hospital kerajaan,” katanya.

LRBC Alor Setar yang melibatkan kos keseluruha­n RM865,000 itu beroperasi 24 jam di Hospital Alor Setar lama. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK KESELESAAN RAKYAT: Dr Subramania­m diiringi Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail (kiri) meninjau kelengkapa­n yang disediakan di wad selepas merasmikan Pusat Bersalin Berisiko Rendah di Hospital Alor Setar di Alor Setar, semalam.
— Gambar Bernama UNTUK KESELESAAN RAKYAT: Dr Subramania­m diiringi Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail (kiri) meninjau kelengkapa­n yang disediakan di wad selepas merasmikan Pusat Bersalin Berisiko Rendah di Hospital Alor Setar di Alor Setar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia