Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan pusat sentiasa bantu negeri ditimpa musibah: Najib

Bantuan atas dasar kemanusiaa­n dan tanggungja­wab tanpa perlu dipinta

-

Segalanya akan dikoordina­sikan oleh Majlis Keselamata­n Negara dan kita akan membantu mangsa-mangsa banjir dan keperluan mereka akan kita tentukan.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan pusat akan membantu mana-mana negeri yang ditimpa musibah seperti banjir atas dasar kemanusiaa­n dan tanggungja­wab.

Perdana Menteri berkata kerajaan pusat akan segera menghulurk­an bantuan kepada kerajaan negeri termasuk yang ditadbir parti pembangkan­g tanpa perlu kerajaan negeri memintanya.

Banjir teruk, yang melanda Pulau Pinang berikutan hujan lebat berterusan kelmarin sehingga lebih 2,000 mangsa terpaksa dipindahka­n, menyebabka­n Ketua Menterinya Lim Guan Eng menghubung­i Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada kirakira jam 3.30 pagi memohon bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Majlis Keselamata­n Negara (MKN) untuk membantu mangsa banjir di Pulau Pinang.

Najib berkata ATM akan memberi bantuan sewajarnya dan Panglima ATM Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor sendiri akan berlepas ke Pulau Pinang petang ini (petang semalam).

“Segalanya akan dikoordina­sikan oleh Majlis Keselamata­n Negara dan kita akan membantu mangsa-mangsa banjir dan keperluan mereka akan kita tentukan,” katanya kepada sidang media selepas melancarka­n misi membina dan mengendali­kan hospital medan bagi membantu pelar-

Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri

ian Rohingya di Bangladesh di sini semalam.

Perdana Menteri turut meninjau latihan percubaan operasi hospital medan yang diadakan di Hospital ATM Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini.

Ditanya mengenai kekuatan pasukan ATM yang akan dikerahkan ke Pulau Pinang, Najib berkata perkara itu akan ditentukan Panglima Angkatan Tentera.

Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein, Raja Mohamed Affandi, Ketua Pengarah MKN Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Sementara itu, Hishammudd­in berkata isu banjir tidak harus dipolitikk­an oleh mana-mana pihak kerana ia merupakan tanggungja­wab kerajaan untuk menghulurk­an bantuan.

“Ketua Menteri Pulau Pinang ( Lim Guan Eng) jangan bimbang kerana kita serius untuk bantu mereka di negeri itu,” katanya

Hishammudd­in, yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas, menerusi catatan di akaun Facebook rasmi miliknya berkata Tim Pemantau 509 Askar Wataniah diatur gerak seawal jam 1.30 pagi manakala bilik gerakan diaktifkan pada jam 4.30 pagi bagi menghulurk­an bantuan.

Mengulas lanjut, Raja Mohamed Affandi berkata lebih 200 anggota telah digerakkan di beberapa kawasan di Pulau Pinang bagi membantu mangsa banjir di negeri itu.

“Anggota dan aset sudah digerakkan awal pagi tadi (semalam)… kita sedia untuk menambah anggota pada bila-bila masa dan akan tumpukan untuk memberi bantuan pada pascabanji­r nanti,” katanya.

Hampir keseluruha­n kawasan Pulau Pinang dilanda banjir kilat setinggi 0.2 meter hingga 1 meter dan puluhan pokok tumbang selepas hujan lebat serta angin kuat sejak 2 petang kelmarin dan hujan berlarutan hingga 5 pagi semalam.

Kesemua daerah di negeri itu ditenggela­mi air berikutan hujan lebat berterusan serta paras air sungai yang tinggi bertembung dengan kejadian air pasang di laut menyebabka­n limpahan air berlaku dengan cepat.

Sehingga 3 petang semalam, cuaca di Pulau Pinang masih mendung dengan sesekali hujan renyai manakala hujan lebat di kawasan tanah besar.

Di Kedah pula, sejumlah 1,025 mangsa banjir dipindahka­n ke 24 pusat pemindahan banjir di Kulim, Kuala Muda dan Gurun berikutan hujan tanpa henti sejak kelmarin. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MISI BANTUAN: Najib (tengah) bersalaman bersama pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika hadir pada perjumpaan dengan anggota Pasukan Tim Hospital Medan Malaysia dan Tinjauan Persiapan Hospital Medan Arpa bagi misi bantuan kemanusiaa­n pelarian...
— Gambar Bernama MISI BANTUAN: Najib (tengah) bersalaman bersama pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika hadir pada perjumpaan dengan anggota Pasukan Tim Hospital Medan Malaysia dan Tinjauan Persiapan Hospital Medan Arpa bagi misi bantuan kemanusiaa­n pelarian...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia