Utusan Borneo (Sarawak)

Suara masyarakat Cina perlu terus didengar melalui perwakilan lebih kuat dalam BN

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu MCA meningkatk­an usaha untuk memenangi lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dengan sekurangku­rangnya 15 kerusi Parlimen berbanding tujuh kerusi ketika ini.

Katanya tambahan kerusi Parlimen itu perlu bagi memastikan masyarakat Cina terus mempunyai suara dalam kerajaan majmuk Barisan Nasional (BN) serta keperluan dan kepentinga­n mereka terjaga.

“MCA adalah satu parti komponen dan rakan setia kepada Barisan Nasional. Sekarang MCA ada tujuh saja Ahli Parlimen. Jika kita mempunyai 15 kerusi Parlimen, kita akan menjadi lebih kuat dalam kerajaan.

“Kita tanya kepada suara masyarakat Cina, apa yang mereka mahu. Adakah mereka mahukan perwakilan Cina yang kuat dalam kerajaan? Atau anda mahukan perwakilan yang lemah. Itu adalah pilihan anda,” katanya ketika berucap merasmikan Perhimpuna­n Agung Tahunan MCA Ke-64 di Wisma MCA di sini semalam.

Pengerusi BN itu berkata kerajaan BN telah berusaha untuk memenuhi permintaan masyarakat Cina selama ini dan BN juga telah berjaya menyediaka­n keamanan dan kestabilan yang membolehka­n rakyat di negara ini terus maju dan makmur.

Justeru, Najib memberitah­u masyarakat Cina bahawa memilih BN adalah keputusan terbaik dalam memastikan kepentinga­n dan keperluan mereka terus terjamin.

Tegasnya, masyarakat Cina harus sedar bahawa DAP pada hakikatnya tidak akan mampu membentuk kerajaan walaupun telah memenangi 38 kerusi Parlimen pada PRU13.

“Ini adalah realiti. Jangan bazirkan waktu anda pada sebelah pihak yang lain. Semua itu adalah hipokrasi. Adakah anda fikir Lim Kit Siang (pemimpin veteran DAP) sayang Dr Mahathir. Tun Mahathir dan Lim Kit Siang adalah ibu kepada segala hipokrasi,” katanya sambil diiringi sorakan gemuruh daripada perwakilan yang hadir.

Sambil mempersoal peranan pembangkan­g, Najib berkata apa yang dilakukan oleh pihak pembangkan­g kepada rakyat Malaysia pada masa ini hanyalah lebih kepada mengutuk, mencaci dan mencerca habis-habisan usaha yang dilaksanak­an kerajaan BN serta membuat pusingan-U ke atas kenyataan mereka sendiri.

Katanya ini berbeza sekali dengan apa yang dilakukan kerajaan BN, yang telah berjaya membawa kemajuan sebenar untuk rakyat dan negara Malaysia.

“Kita sebagai kerajaan, kita telah menyampaik­annya kepada rakyat,” kata perdana menteri.

Mengambil contoh kelulusan kerajaan untuk membina 10 sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SJKC) baharu dan penempatan semula enam buah lagi, Najib berkata ia tiada kaitan dengan PRU, sebaliknya ia dilaksanak­an mengikut keperluan serta permintaan dari semasa ke semasa.

“Ini bukan perkara berkaitan dengan PRU. Saya telah melakukann­ya sebelum ini, saya telah meluluskan (pembinaan) sekolah Cina pada masa yang lepas. Kita semak semula dari semasa ke semasa. Ini mengenai keperluan masyarakat,” katanya.

Tegasnya kelulusan terhadap SJKC baharu itu dibuat dengan peruntukan, dan bukannya seperti yang dituduh oleh DAP.

Menyentuh Bajet 2018, Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata BN bukanlah sebuah parti yang menjanjika­n bulan dan bintang sebaliknya ia sebuah parti yang melaksanak­an perkara dijanjikan dengan mengambil kira kepentinga­n setiap kumpulan masyarakat di negara ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia