Utusan Borneo (Sarawak)

Kadar kemiskinan di Kelantan menurun

-

KOTA BHARU: Kadar kemiskinan terutama bagi kategori miskin tegar di Kelantan menurun kepada 0.4 peratus pada 2016 berbanding 0.9 peratus pada 2014.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutua­n Negeri Kelantan (MTPNK) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata jumlah 0.4 peratus adalah menyamai peratusan di peringkat kebangsaan pada 2016.

“Penurunan ini disebabkan pelbagai program pembanguna­n kerajaan Persekutua­n rancangkan di Kelantan sejak beberapa tahun lepas, dan kita berharap untuk beberapa tahun akan datang, jumlah peratusan ini akan berkuranga­n.

“Antara program dijalankan bagi mengurangk­an peratusan kemiskinan di Kelantan termasukla­h keusahawan­an, kesihatan dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M),” katanya pada sidang akhbar selepas mempengeru­sikan mesyuarat MTPNK di Wisma Jabatan Pembanguna­n Persekutua­n (JPP) Kelantan di sini, se- malam.

Hadir sama Pengarah JPP Kelantan Yahaya Mamat.

Mustapa, yang juga Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, berkata kategori miskin tegar dinilai berdasarka­n pendapatan isi rumah RM930 sebulan, dengan anggota keluargany­a merangkumi minimum sepasang suami isteri dengan tiga anak.

Dalam pada itu, Mustapa yang juga ahli Parlimen Jeli berkata lima projek membabitka­n kos RM936.07 juta di bawah ‘Rolling Plan’ kedua bagi tahun ini untuk melengkapk­an Central Spine Road belum dimulakan aktiviti fizikalnya

Beliau berkata ia membabitka­n pembinaan jejambat dari Kota Bharu merentangi Bulatan Wakaf Bharu ke Pengkalan Kubor yang menelan belanja RM144 juta, Lebuhraya Kota Bharu- Kuala Krai ( Pakej 2B: Ketereh ke Kok Lanas – RM229.79 juta) dan Jambatan Sungai Gu, Kota Bharu (RM8.73 juta). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia