Utusan Borneo (Sarawak)

Liverpool tambah tekanan ke atas Bilic

Leicester kekalkan rekod tanpa kalah selepas seri di Stoke City pada aksi liga Sabtu lepas

-

LONDON, England: Liverpool menambah tekanan ke atas pengurus West Ham United, Slaven Bilic apabila menang 4-1 sementara Leicester City mengekalka­n rekod tanpa kalah dengan keputusan seri di Stoke City dalam aksi Liga Perdana Inggeris Sabtu lepas.

Pada perlawanan lain, West Bromwich Albion terus gagal mencipta sebarang kemenangan dari sembilan perlawanan selepas tewas 01 kepada Huddersfie­ld, juga menambah tekanan ke atas pengurus West Brom, Tony Pulis sementara Burnley menewaskan Southampto­n 1-0 untuk melonjak ke tangga keenam buat seketika.

Pada perlawanan di Stadium London, Liverpool membuka jari n g a n p a d a mini

Saya gembira dengan sikap pemain saya, ia satu perlawanan yang baik, penuh kesungguha­n. Claude Puel Pengurus baharu Leicester

tke- 21 menerusi serangan pantas apabila Mohamed Salah merembat bola ke pintu gol dari umpanan Sadio Mane dan menambah jaringan tiga minit kemudian apabila Joel Matip menyempurn­akan satu tendangan sudut. B i l i c memasukkan A n d y C a r - r o l l dalam s e p a - ruh masa k e d u a dan West Ham berjaya merapatkan kedudukan 10 minit selepas rehat menerusi gol Manuel Lanzini tetapi ketika penyokong tuan rumah meraikan kemenangan dan harapan kebangkita­n, Alex Oxlade- Chamberlai­n menjaringk­an gol ketiga Liverpool sebelum Salah melengkapk­an jaringan. Kemenangan meletakkan Liverpool kembali di tangga keenam tetapi kekalahan menyebabka­n West Ham hanya satu mata di atas zon penyingkir­an dengan hanya satu kemenangan dalam liga sejak awal bulan September. Pada perlawanan awal, Peter Crouch dimasukkan dari bangku simpanan untuk menyelamat­kan satu mata buat Stoke City selepas seri 2-2 dengan Leicester City, sekali gus menafikan satu lagi kemenangan buat pengurus baharu Leicester, Claude Puel selepas memenangi perlawanan pertama ketika menentang Everton minggu lepas.

Leicester kini belum tewas dalam enam perlawanan dari semua pertanding­an selepas bergelut pada awal musim tetapi pastinya kecewa kerana dua kali mendahului kedudukan selain berterima kasih kepada penjaga golnya, Kasper Schmeichel kerana menepis satu cubaan lewat untuk menafikan gol kemenangan Stoke.

“Saya gembira dengan sikap pemain saya, ia satu perlawanan yang baik, penuh kesungguha­n,” kata Puel.

“Kami mempunyai banyak peluang hari ini. Ia sukar untuk menerima keputusan seri tetapi Kasper beraksi tangkas pada lewat permainan, jadi saya fikir satu mata ini amat berharga. Ia satu perlawanan yang menggalakk­an untuk masa depan pasukan.”

Rajiv van La Parra menjaringk­an gol tunggal kemenangan Huddersfie­ld ketika menentang West Brom, sekali gus meletakkan mereka di tangga ke-10.

West Brom, bergelut dengan gol, belum memenangi satu perlawanan liga sejak pertengaha­n bulan Ogos dan kekal dua mata di atas zon penyingkir­an dengan rekod membanggak­an Pulis yang tidak pernah tersingkir dari Liga Perdana, kini dalam bahaya.

Burnley meneruskan rekod cemerlang di gelanggang lawan apabila menang 1-0 di Southampto­n, menerusi gol lewat Sam Vokes.

Tiga kemenangan dan dua seri, Burnley sudah memenangi lebih banyak mata di gelanggang lawan berbanding keseluruha­n mata pada musim lepas.

“Hebat,” kata pengurus Burnley, Sean Dyche, yang dikaitkan dengan kekosongan jawatan di Everton. “Jentera serangan kami berganding­an dengan baik. Mereka bermain dengan profesiona­l dan mempengaru­hi perlawanan. Ia satu tandukan yang hebat dari Sam Vokes.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SENGIT: Pemain West Ham, Cheikhou Kouyate (kiri) bersaing dengan penyerang Liverpool, Sadio Mane (tengah) pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium London,timur London Sabtu lepas.
— Gambar AFP SENGIT: Pemain West Ham, Cheikhou Kouyate (kiri) bersaing dengan penyerang Liverpool, Sadio Mane (tengah) pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium London,timur London Sabtu lepas.
 ?? — Gambar AFP ?? PENCAPAIAN HEBAT: Krajinovic melakukan pukulan kencang ketika beraksi pada perlawanan separuh akhir menentang Isner di Paris, Perancis Sabtu lepas.
— Gambar AFP PENCAPAIAN HEBAT: Krajinovic melakukan pukulan kencang ketika beraksi pada perlawanan separuh akhir menentang Isner di Paris, Perancis Sabtu lepas.
 ??  ?? BILIC
BILIC
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia