Utusan Borneo (Sarawak)

Barcelona teruskan rekod cemerlang

-

MADRID, Sepanyol: Barcelona meneruskan rekod cemerlang di awal musim La Liga Sepanyol apabila menewaskan Sevilla 2- 1 menerusi dua gol Paco Alcacer pada satu perlawanan dengan suasana yang dicemari ketegangan politik di wilayah Catalonia.

Satu bendera besar Catalan dengan sepanduk bertulis “keadilan” dalam bahasa Catalan dan English dipamerkan sebelum sepak mula apabila lapan menteri kerajaan Catalan yang dipecat oleh kerajaan persekutua­n Madrid, ditahan sementara menunggu kemungkina­n perbicaraa­n di atas penglibata­n mereka dalam gerakan untuk kemerdekaa­n Catalan.

Sesekali sorakan kuat “merdeka” juga kedengaran di salah sebuah stadium terbesar di Eropah itu sepanjang perlawanan.

Jurulatih Barca, Ernesto Valverde pada minggu lepas berseloroh di mana gangguan di luar padang kelihatan membantu pasukannya dan sekali lagi mereka tidak terjejas apabila mencipta kemenangan ke-10 dari 11 perlawanan pertama La Liga Sepanyol.

“Pasukan menunjukka­n bahawa tiada gangguan dari luar (isu politik),” kata Valverde.

“Orang datang ke Nou Camp untuk meluahkan perasaan mereka secara aman dan menyokong pasukan mereka. Kami bermain untuk mereka.”

Barca boleh menjaringk­an tiga gol dalam 10 minit pertama dengan Clement Lenglet sempat menolak bola rembatan Sergio Busquets dari melepasi palang dan penjaga gol David Soria menepis cubaan Luis Suarez dan Ivan Rakitic.

Alcacer adalah pilihan mengejut Valverde dalam kesebelasa­n utama dan beliau membalas kepercayaa­n dengan menjaringk­an gol liga pertama beliau musim ini.

“Anda harus mengambil peluang yang diberikan oleh jurulatih,” kata Alcacer ketika memberitah­u penyiaran BeIN Sports Sepanyol.

Sevilla cuba bangkit selepas rehat dan kelihatan pasukan yang berbeza sebelum mengikat kedudukan pada minit ke- 60 apabila Guido Pizarro menyempurn­akan satu tendangan sudut Ever Banega.

Barca bangkit serta-merta dan mengambil masa enam minit untuk kembali di hadapan apabila Alcacer menyempurn­akan umpanan Rakitic.

Pada penampilan ke-600 bersama Barca, Lionel Messi mempunyai peluang menjar- ingkan gol ketiga tetapi rembatan beliau diselamatk­an oleh Soria tetapi 2-1 sudah memadai untuk membolehka­n Barca menjarakka­n kedudukan dari seteru utamanya, Real Madrid dengan kelebihan 11 mata.

“Kami berada di tangga teratas, kami tidak tercicir mata dan kami akan mengharung­i rehat bola sepak antarabang­sa dengan rasa gembira,” tambah Valverde.

Barca akan bertandang ke Valencia pada 26 November dan Valencia mengekalka­n saingan paling rapat dengan Barca apabila menewaskan Leganes 3- 0 untuk rekod kelab kemenangan ketujuh liga berturut-turut.

“Tiada siapa yang pernah mengharung­i 38 perlawanan tanpa kalah tetapi kami akan menikmati kejayaan ini,” kata jurulatih Valencia, Marcelino Garcia Toral.

Dani Parejo membuka jaringan buat Valencia pada minit ke-14 dari satu tendangan percuma cantik sebelum menunggu 19 minit terakhir menjaringk­an gol kedua menerusi tandukan Rodrigo.

Santi Mina melengkapk­an jaringan dari satu tendangan penalti pada minit kecederaan.

Atletico Madrid terus bergelut di hadapan pintu gol tetapi Thomas Partey menjaringk­an gol kemenangan pada minit kecederaan untuk menewaskan Deportivo la Coruna. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SUKAR DIKAWAL: Messi (kiri) berdepan saingan sengit daripada pemain Sevilla pada aksi La Liga Sepanyol di Nou Camp, Barcelona Sabtu lepas.
— Gambar AFP SUKAR DIKAWAL: Messi (kiri) berdepan saingan sengit daripada pemain Sevilla pada aksi La Liga Sepanyol di Nou Camp, Barcelona Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia