Utusan Borneo (Sarawak)

England miliki skuad terkuat: Loew

-

BERLIN, Jerman: Ketua jurulatih Jerman, Joachim Loew, memulakan perang psikologi menjelang perlawanan persahabat­an antarabang­sa menentang England di Stadium Wembley Jumaat ini dengan menegaskan England memiliki skuad terkuat mereka sejak beberapa tahun.

Jerman sudah menang kesemua enam perlawanan terakhir menentang Jerman di Wembley, satu rekod sejak 1982.

Bagaimanap­un, Loew berkata prestasi skuad di bawah kendalian Gareth Southgate kini mendapat penghormat­an pasukannya, yang merupakan juara dunia.

“Pada pandangan saya, skuad England tidak begitu kuat seperti sekarang sejak beberapa tahun yang l a l u , ” k a t a Loew ketika memberitah­u akhbar harian Jerman, Die Welt Ahad lepas.

“Mereka tidak banyak bergantung kepada hantaran jauh. Semua kelab besar di England mempunyai jurulatih yang memberikan penekanan kepada hantaran pendek.

“Anda juga boleh melihatnya dalam pasukan kebangsaan di mana ada lebih penekanan k e p a d a taktik permainan.”

Jer- man masih belum tewas dalam 19 perlawanan sejak tewas 0-2 kepada Perancis di peringkat separuh akhir Euri 2016. Jerman dan England memenangi kumpulan kelayakan Piala Dunia 2018 di Rusia dengan Jerman mencipta 10 kemenangan dari 10 perlawanan. P e r l a - wanan di Wembley m e m u - l a k a n b e b e r a p a perlawanan persahabat­an menentang pasukan ternama buat Jerman. Mereka akan menentang Perancis di Cologne pad 14 N o - v e m - ber dan akan menentang Sepanyol dan Brazil pada b u l a n M a c 2018 untuk persediaan terakhir mempertaha­nkan kejuaraan dunia di Rusia.

Jerman mahu membuktika­n sesuatu ketika menentang Perancis selepas tewas perlawanan separuh akhir Euro 2016 di Marseille.

“Kylian Mbappe, Antoine Griezmann, Paul Pogba dan Thomas Lemar adalah pemain yang hebat,” tegas Loew.

“Lima belas pemain pertama dalam skuad Perancis dilatih dengan sangat baik dan mereka sangat selesa dengan bola selain pantas dan cergas,” kata Loew.

Jerman akan melayani kunjungan Sepanyol pada 23 Mac 2018 di Duesseldor­f sebelum menentang Brazil di Stadium Olimpik di Berlin, empat hari kemudian.

Selepas Jerman membelasah Brazil 7-1 pada perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2014, Loew bersemanga­t untuk bercakap tentang skuad semasa Brazil.

“Brazil memiliki pasukan yang jauh berbeza sekarang dan mereka tidak dapat dibandingk­an dengan skuad 2014,” tambah Loew. — AFP

 ??  ?? LOEW
LOEW

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia