Utusan Borneo (Sarawak)

Bukit Tangki bakal menjadi trek utama sukan berbasikal

-

LIMBANG: Bukit Tangki Kampung Pahlawan Limbang bakal menjadi venue dan trek utama sukan berbasikal seborneo, satu lagi sukan diperkenal­kan pertama kalinya di utara negeri ini.

Ahli Parlimen Limbang, Hasbi Habibollah berkata dalam usaha mengangkat sukan berbasikal di utara negeri ini, Kementeria­n Belia dan Sukan perlu membawa pakar sukan berbasikal bagi menilai trek itu dari segi keselamata­n dan sebagainya.

Katanya, bentuk landskap dan persekitar­an Bukit Tangki yang mencabar dan unik mampu menjadikan Cabaran Berbasikal Seborneo Fun Ride satu lagi sukan popular mampu diketengah­kan di peringkat negeri dan kebangsaan.

“Kementeria­n Belia dan Sukan, persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini diminta tampil dengan pakar-pakar sukan berbasikal menilai trek basikal dari segi keselamata­n.

“Dengan cara ini, trek sukan berbasikan boleh dibangunka­n dari segi prasarana sukan dan sebagainya,” katanya melakukan pelepasan peserta Cabaran Berbasikal Borneo Bukit Tangki Kampung Pahlawan, di sini semalam.

Cabaran Berbasikal Borneo Bukit Tangki Kampung Pahlawan anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), ABC Club, JKKK Kampung Pahlawan dan pihak berkaitan dihadiri Walikota Majlis Daerah Limbang (MDL) Kaunselor Sufian Mohat, Pegawai JKM Bahagian Limbang Haslinda Supu, Pengerusi Kelab ABC Tarmizi Wahab, Penghulu Abu Tinggal dan Ketua Kampung Pahlawan, Bongsu Tambah.

Hasbi optimis menjadi ikon sukan di Limbang jika dipromosik­an secara meluas kerana mendapat sambutan dan penyertaan dari wilayah serumpun.

Katanya, berdasarka­n sambutan memberangs­angkan sukan itu akan diadakan secara berterusan pada masa depan di sini.

Pelbagai aktiviti diadakan termasuk senam aerodance Kelab Kecergasan Dinamik Limbang diketuai Saeif Goh dan Saief Adieq dan cabutan nama bertuah.

Seramai 100 peserta dari Limbang, Lawas, Brunei, Bekenu dan Kota Kinabalu menyertai program itu.

 ??  ?? CABARAN BORNEO: Hasbi (enam kanan) melakukan pelepasan peserta Cabaran Berbasikal di Kampung Pahlawan semalam.
CABARAN BORNEO: Hasbi (enam kanan) melakukan pelepasan peserta Cabaran Berbasikal di Kampung Pahlawan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia