Utusan Borneo (Sarawak)

200 pemain, pengurusan sertai Piala Sarawak 2017 di Mukah diraikan

-

MUKAH: Hampir 200 pemain dan pihak pengurusan menyertai Piala Sarawak 2017 di Mukah diraikan pada majlis jamuan malam di sini malam kelmarin.

Selain makan malam, peserta turut dihiburkan dengan nyanyian oleh artis-artis tempatan serta persembaha­n kebudayaan.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Mukah (MuFA), Sarjan Ajehar Bakar dalam ucapannya berkata pihaknya amat berterima kasih kerana diberikan kepercayaa­n menjadi tuan rumah Piala Sarawak 2017.

“Ini menunjukka­n Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) mempercaya­i keupayaan MuFA menganjurk­an Piala Sarawak kali ini,” katanya.

Menurutnya, kejohanan itu bertujuan menyuburka­n semangat kesukanan terutamany­a terhadap sukan nombor satu itu.

Selain itu, ia turut menjadi wadah dan landasan mencungkil bakat-bakat baharu kalangan pemain berpotensi dalam setiap pasukan.

“Kejohanan ini juga menjadi medan untuk bertukar-tukar fikiran demi pembanguna­n sukan bola sepak Sarawak,” jelasnya.

Turut berucap Pengerusi Penganjur Piala Sarawak 2017, Cassidy Morris.

Turut hadir Timbalan Presiden FAS Abdul Wahab Rahim dan Timbalan Residen Bahagian Mukah, Jack Aman Luat.

Piala Sarawak kali terakhir dianjurkan pada 2014 ketika itu dijuarai oleh pasukan Samarahan.

Sebanyak 13 pasukan turut serta dan dibahagika­n kepada empat kumpulan iaitu Kumpulan A terdiri Limbang, Sarikei, Miri dan Kapit, Kumpulan B ialah Samarahan, Sri Aman dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kumpulan C dibarisi tuan rumah Mukah, Kuching dan Bintulu sementara Kumpulan D pasukan Serian, Betong dan Sibu.

Mukah terpilih menjadi tuan rumah Piala Sarawak 2017 sebelumnya ditetapkan pada 22 hingga 29 Oktober lalu namun ditangguhk­an pada ke satu tarikh baharu oleh FAS.

Ini disebabkan satu perlawanan penting terpaksa ditempuhi oleh skuad Sarawak pada 28 Oktober lalu.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Ajehar (tiga kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Abdul Wahab (empat kiri) sambil disaksikan yang lain di Mukah malam kelmarin.
PENGHARGAA­N: Ajehar (tiga kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Abdul Wahab (empat kiri) sambil disaksikan yang lain di Mukah malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia