Utusan Borneo (Sarawak)

Program ‘Outreach’ Sains Luar Bandar bertandang di SK Haji Kelali Semera

- Oleh Agnes Tugong

JABATAN Sains Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak (IPGKTAR) telah berjaya menganjurk­an Program ‘Outreach’ Sains Sekolah Luar Bandar bertempat di Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Kelali, Semera dalam Daerah Asajaya baru-baru ini.

Sebanyak lima sekolah rendah, SK Iboi/ Pelanduk, SK Jemukan, SK Chung Hua, SK Asajaya Ulu termasuk SK Haji Kelali terlibat dalam program tersebut dengan penyertaan seramai 500 murid.

Menurut jurucakap program, tahun ini Jabatan Sains IPGKTAR memilih Daerah Asajaya sebagai lokasi bagi penganjura­n program ini yang dirangka sebagai memenuhi matlamat kerajaan untuk merapatkan jurang pendidikan antara sekolah-sekolah di bandar dengan luar bandar.

Satu daripada objektif program ini adalah untuk menyediaka­n peluang dan pengalaman kepada murid untuk belajar sains secara menyeronok­kan di luar rutin pembelajar­an dalam bilik darjah.

Bagi tujuan itu, Jabatan Sains IPGKTAR telah membawa bahanbahan aktiviti dari Pusat Interaktif Sains IPGKTAR untuk dipamerkan.

Ini adalah sebagai langkah memperluas­kan kebolehcap­aian terhadap aktiviti interaktif yang ada di pusat tersebut. Sambutan murid-murid terhadap aktiviti ini amat menggalakk­an.

Selain pameran, pensyarah juga menyediaka­n aktiviti eksplorasi sains yang berteraska­n penerokaan yang disertai oleh murid-murid tahun empat dari lima sekolah berkenaan.

Sebagai persediaan menghadapi peperiksaa­n satu sesi ceramah teknik menjawab soalan melibatkan murid tahun lima turut diadakan serta pertanding­an rekacipta menggunaka­n botol plastik untuk murid tahun enam.

Dalam pada itu, Pengarah IPGKTAR Hamsiah Abdullah Masni berterima kasih kepada Yayasan Sarawak yang telah membiayai program ini.

Beliau turut menyatakan penghargaa­n kepada semua guru besar yang terlibat dalam menjayakan program ini.

“Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanak­an dapat menyumbang ke arah menjadikan sains sebagai mata pelajaran yang diminati seterusnya mampu menjana pemikiran aras tinggi dalam kalangan murid-muird.

“Melalui aktiviti sebegini, diharap dapat membina jaringan hubungan yang lebih akrab antara pensyarah, guru serta pelatih guru.

“Semoga hasil perkongsia­n pengetahua­n, kemahiran dan pengalaman berharga ini mampu menyumbang ke arah peningkata­n kualiti pengajaran dan pembelajar­an sains,” kata Hamsiah.

 ??  ??
 ??  ?? TAHNIAH: Hamsiah menyampaik­an hadiah kepada pemenang pertanding­an pada program di SK Haji Kelali, Semera, Asajaya, baru-baru ini.
TAHNIAH: Hamsiah menyampaik­an hadiah kepada pemenang pertanding­an pada program di SK Haji Kelali, Semera, Asajaya, baru-baru ini.
 ??  ?? INTERAKTIF: Murid-murid yang merupakan peserta program menjalanka­n aktiviti sains yang bercorak interaktif.
INTERAKTIF: Murid-murid yang merupakan peserta program menjalanka­n aktiviti sains yang bercorak interaktif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia