Utusan Borneo (Sarawak)

Majlis Daerah Tongod mula operasi 1 Jan

Pembanguna­n dapat dilaksana lebih tersusun dan berikan perkhidmat­an terbaik

-

TONGOD: Majlis Daerah Tongod bakal memulakan operasinya bermula 1 Januari depan selepas mendapat kelulusan daripada Jemaah Kabinet Negeri pada 19 April lalu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata selepas beberapa kajian serta pembentang­an dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Kuamut, Datuk Masiung Banah, akhirnya kerajaan meluluskan kewujudan Majlis Daerah Tongod.

Katanya, dengan wujudnya Majlis Daerah Tongod, maka pembanguna­n di kawasan itu dapat dilaksana dengan lebih tersusun, sekali gus memberikan perkhidmat­an terbaik dalam kawasan perkadaran­nya,

“Dengan wujudnya Majlis Daerah ini, bantuan kewangan dan projek kecil dapat disalurkan bukan sahaja dari kerajaan negeri, tetapi juga Kerajaan Persekutua­n.

“Ini mempercepa­tkan pembanguna­n di kawasan ini kerana apabila ini berlaku, maka Majlis Daerah Tongod dapat memberikan perkhid- matan kepada mereka yang memerlukan seperti pungutan sampah, kebersihan dan sebagainya,” katanya.

Beliau menyatakan demikian selepas mendengar Taklimat Operasi Majlis Daerah Tongod yang disampaika­n Pegawai Daerah Tongod, Robert Stidi, semasa melakukan lawatan kerja ke Tongod.

Hajiji yakin semua persediaan telah pun dilakukan oleh Pejabat Daerah bagi memastikan semua operasi Majlis Daerah Tongod akan berjalan dengan lancar.

Sejak mendapat status Daerah Penuh pada 1 Mac 1999, Daerah Tongod berada di bawah bidang kuasa operasi Majlis Daerah Kinabatang­an, Bahagian Tongod.

Turut hadir pada majlis taklimat itu Pembantu Menteri Belia dan Sukan Negeri, Datuk Masiung Banah yang juga ADUN Kuamut; Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Joachim Gunsalam dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP), Datuk Ginun Yangus.

Beberapa ketua jabatan di bawah KKTP juga hadir, termasuk Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah (JPBW), Mursidi Sapie dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah ( JHEANS), Yusof Ag Ali turut hadir.

Hajiji turut berkesempa­tan meninjau keadaan Majlis Daerah Kinabatang­an, Bahagian Tongod yang sedia ada selain dibawa melihat tapak cadangan banunan Mahkamah Anak Negeri Tongod semasa lawatan itu.

Sementara itu, Masiung yakin kewujudan Majlis Daerah Tongod mampu melonjakka­n pembanguna­n prasarana dan ekonomi di kawasan berkenaan.

Menurut beliau, lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan juga dapat diwujudkan khususnya kepada para penduduk tempatan yang berasal dari Daerah Tongod yang berjumlah hampir 46,000 orang.

“Selepas ini akan wujud 18 jawatan Ahli Majlis Daerah dan dengan adanya Ahli-Ahli Majlis Daerah ini sudah tentu kita akan cadang dilantik dari badan-badan NGO, golongan profesiona­l dan ahli politik.

“Idea- idea mereka akan dapat digembleng untuk usaha membangunk­an Daerah Tongod ini sendiri,” tambah beliau.

Pegawai Daerah Tongod, Robert Stidi, yang juga bakal Pengerusi Majlis Daerah Tongod pula mengatakan bahawa pihak beliau telah membuat segala persiapan di mana penagihan kakitangan dan juga aset-aset dari Majlis Daerah Kinabatang­an itu diagihkan kepada Majlis Daerah Tongod supaya kita dapat beroperasi mulai dari awal tahun depan.

Manakala Pegawai Daerah merangkap Pengerusi Majlis Daerah Kinabatang­an, Yassin Nasir berkata jarak diantara Daerah Tongod dan Daerah Kinatangan adalah terlalu jauh, iaitu lebih kurang 136 kilometer sementara saiz dua daerah ialah 17,000 klometer persegi.

“Tongod merupakan daerah terbesar di Sabah dari segi saiz diikuti oleh Beluran dan Kinabatang­an,” kata pegawai daerah Kinabatang­an.

Selepas acara di Tongod, Hajiji diiringi oleh Masiung dan Robert telah bertolak ke Pusat Kajian Luar Kawasan Pemelihara­an Imbak Canyon di Ulu Kinabatang­an yang memakan masa perjalanan hampir dua jam melalui jalan hutan.

Mereka telah bermalam di situ setelah diberi taklimat di Pusat berkenaan. Rombongan Menteri juga sempat melawat Air Terjun Imbak yang terkenal.

 ??  ?? Pegawai Daerah Tongod, Robert Stidi memberi taklimat kepada Hajiji dan Masiung (kanan) di Pusat Maklumat Ulu Kinabatnga­n iaitu ‘gateway’ kepada kawasan pemelihara­an Imbak Canyon.
Pegawai Daerah Tongod, Robert Stidi memberi taklimat kepada Hajiji dan Masiung (kanan) di Pusat Maklumat Ulu Kinabatnga­n iaitu ‘gateway’ kepada kawasan pemelihara­an Imbak Canyon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia