Utusan Borneo (Sarawak)

Pemimpin BN perlu berani bersuara dan selesaikan masalah rakyat

-

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) masih mampu mendapatka­n kepercayaa­n penuh daripada pengundi sekiranya pemimpin BN berani mengutarak­an permasalah­an rakyat, sekali gus menyelesai­kannya dengan tuntas.

Timbalan Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Senator Datuk Chin Su Phin berkata, tidak dinafikan wujud kelemahan dan isu dalaman parti komponen BN tetapi semuanya masih belum terlewat sekiranya pemimpin berani bersuara.

“Dalam taklimat persediaan pilihan raya baru-baru ini, Perdana Menteri merangkap Presiden BN Datuk Seri Najib Tun Razak secara terbuka mengiktira­f status sekolahsek­olah Cina dan Tamil di negara ini.

“Pemimpin BN juga dinasihatk­an agar tidak membuat kenyataan yang boleh menjejaska­n keharmonia­n kaum di Malaysia.

“Bagaimanap­un, negara ini masih berhadapan risiko peningkata­n golongan ektremis yang tidak berhenti-henti mempolitik­kan isu- isu sensitif,” katanya ketika merasmikan Perhimpuna­n Tahunan Perwakilan Pergerakan Pemuda dan Wanita LDP 2017 di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, BN juga tidak terlepas daripada isuisu seumpamany­a sehingga menerima kritikan daripada pihak pembangkan­g.

Sebagai contoh katanya, penganjura­n Oktoberfes­t baru-baru ini telah menjadi satu isu yang menggempar­kan walaupun festival telah diadakan sejak lima tahun lalu.

“Festival itu dianjurkan oleh mereka yang berbangsa Cina dan bukan Muslim tanpa melibatkan masyarakat be- ragama Islam.

“Bagaimanap­un, kerajaan telah menghalang penganjura­n itu daripada diadakan atas alasan ‘ keselamata­n’ berikutan bantahan keras yang dilakukan oleh PAS.

“Agensi berkaitan kerajaan telah mengambil tindakan untuk memberhent­ikan festival itu tetapi adakah rakyat bersetuju dan yakin dengan pendekatan yang diambil?,” katanya.

Menurutnya, kerajaan selama ini telah menganjurk­an pelbagai acara setiap tahun untuk menarik lebih banyak pelancong asing ke Malaysia dan Oktoberfes­t yang dianjurkan oleh pihak persendiri­an tidak dinafikan mampu menyumbang secara positifnya kepada sektor pelanconga­n.

Katanya, Wilayah Persekutua­n Labuan dan Pulau Pinang dengan jayanya melangsung­kan festival itu tanpa mengundang sebarang insiden negatif seperti dinyatakan.

Hadir sama Ketua Wanita LDP Datin Shim Nyet Yun dan Pergerakan Ketua Pemuda LDP Tsang Hieng Yee.

 ??  ?? JAGA KEHARMONIA­N: Chin (tengah) menerima cendera kenangan daripada Shim (tiga kiri) dan Tsang (empat kanan).
JAGA KEHARMONIA­N: Chin (tengah) menerima cendera kenangan daripada Shim (tiga kiri) dan Tsang (empat kanan).
 ??  ?? TANDA INGATAN: Wong (tengah) menyampaik­an kad hari jadi kepada Akub (kiri) sambil diperhatik­an Abdul Bakar.
TANDA INGATAN: Wong (tengah) menyampaik­an kad hari jadi kepada Akub (kiri) sambil diperhatik­an Abdul Bakar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia