Utusan Borneo (Sarawak)

MCPF akan adakan lebih banyak modul ‘Train the Trainer’

-

SANDAKAN: Lebih banyak modul ‘Train the Trainer’ melibatkan guru dan golongan pendidik di peringkat pengajian tinggi akan dilaksanak­an di sini oleh Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF).

Naib Pengerusi MCPF Sabah yang juga Pengerusi Jawatankua­sa MCPF Daerah Sandakan, Dr. KH Tan berkata, menerusi modul itu pihaknya juga berhasrat untuk melahirkan lebih ramai orang yang menggerak modul berkenaan.

“Modul ini berlangsun­g di Politeknik Sandakan pada hari ini dan seterusnya di Universiti Malaysia Sabah dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Dengan usaha berterusan, kita percaya modul ini akan mencapai objektifny­a,” katanya kepada media selepas Seminar Pencegahan Jenayah dan Dadah Peringkat Daerah Sandakan di Dewan Kuliah Utama Politeknik Sandakan di sini, kelmarin.

Seminar itu dianjurkan oleh MCPF Sandakan dan Politeknik Sandakan dengan kerjasama MRSM, Universiti Malaysia Sabah, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sandakan.

Lebih 50 peserta seminar terdiri daripada guru-guru sekolah di sini menyertai program itu di mana guru sebagai pelatih akan menyampaik­an informasi berkenaan kepada pelajar di sekolah selepas menerima latihan pada seminar itu.

Seminar diisi dengan tiga sesi ceramah berkenaan jenayah, buli, salah guna dadah dan undang-undang termasuk akta kanak-kanak.

Para penceramah terdiri daripada Ahli Jawatankua­sa Induk MCPF Sabah yang juga bekas Ketua Polis Tawau dan Sandakan, Datuk Abdul Wa- hab Sulaiman selain Peguam, Grace Chan dan wakil dari AADK Sandakan.

Objektif utama seminar itu adalah untuk memberi kesedaran dan penglibata­n bersama pihak guru dan pendidik dalam usaha mengelak kejadian jenayah dan seterusnya penglibata­n aktif pihak pejabat pendidikan daerah dan institusi pengajian tinggi bagi mengelak kejadian tidak diingini daripada berlaku dan seterusnya dapat dicegah di kawasan masing-masing.

Di Sabah, terdapat kirakira 20 jawatankua­sa MCPF peringkat daerah ditubuhkan.

Jawatankua­sa itu juga ditubuhkan selaras pengumuman peringkat tertinggi MCPF baru-baru ini yang mahu mewujudkan­nya di setiap daerah di Sabah dan membawakan mesej kepada masyarakat melalui pelbagai program yang dirangka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia