Utusan Borneo (Sarawak)

Ringgit diramal susut berbanding dolar AS

-

KUALA LUMPUR: Ringgit diramal merosot berbanding dolar AS minggu ini berikutan keyakinan yang semakin meningkat terhadap kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat bulan depan.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidik­an Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata, ringgit dijangka menyaksika­n jualan dana asing yang berterusan sehingga jangkaan kenaikan kadar faedah menjadi kenyataan.

“Sentimen itu dijangka berterusan dalam jangka pendek... bukan sahaja ringgit, tetapi mata wang serantau seperti dolar Singapura dan rupiah Indonesia akan turut terjejas,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanap­un, katanya, dalam jangka panjang, ringgit dijangka pulih secara beransur-ansur, antara lain dipacu oleh peningkata­n harga minyak.

“Ringgit kini di bawah nilai dan ia akhirnya akan meningkat ke paras saksama disebabkan peningkata­n harga minyak,” katanya.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding dolar AS kepada 4.2340/4370 daripada 4.2410/2430 sebelum ini.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan keseluruha­nnya lebih tinggi daripada Jumaat lepas.

Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1093/1122 daripada 3.0990/0016 tetapi mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.7088/7128 daripada 3.7189/7216.

Ringgit meningkat berbanding euro kepada 4.9309/ 9357 daripada 4.9340/9367 dan menokok berbanding pound Britain kepada 5.5326/5382 daripada 5.5532/5579. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia