Utusan Borneo (Sarawak)

Niaga hadapan MSM alami pengambila­n untung

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka mengalami pengambila­n untung minggu ini selepas harga mencecah paras yang agak kukuh pada RM2,839 satu tan minggu ini.

Peniaga Minyak Sawit Kanan Interband Group of Companies, Jim Teh, berkata niaga hadapan MSM dijangka diniagakan rendah antara RM2,600 dan RM2,650 satu tan minggu depan (minggu ini).

“Sebahagian pelabur mungkin mahu mengambil keuntungan daripada peningkata­n baru-baru ini berikutan paras RM2,839 satu tan yang diniagakan minggu lepas dianggap tinggi,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, menurut laporan, penyelidik­an kargo Intertek Testing Services berkata eksport produk minyak sawit Malaysia meningkat 2.5 peratus kepada 1.40 juta tan pada Oktober daripada 1.37 juta tan pada September, yang menyediaka­n dorongan kepada harga pada minggu ini.

Bagi asas Jumaat kepada Jumaat, November 2017 susut RM2 kepada RM2,784 satu tan, Disember 2017 turun RM6 kepada RM2,789 satu tan, Januari 2018 dan Februari 2018, masing-masing berkuranga­n RM11 kepada RM2,806 satu tan dan RM2, 821 satu tan.

Jumlah dagangan mingguan merosot kepada 147,719 lot daripada 262,647 lot pada Jumaat lepas dan kepentinga­n terbuka susut kepada 266,281 kontrak daripada 274,458 kontrak, sebelum ini.

Di pasaran fizikal, November Selatan berada pada RM2,795 satu tan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia