Utusan Borneo (Sarawak)

CGC anjur ceramah mengenai pemasaran digital untuk PKS

-

KUALA LUMPUR: Credit Guarantee Corporatio­n Malaysia Bhd (CGC) membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengoptimu­mkan potensi perniagaan mereka dengan menganjurk­an ceramah mengenai pemasaran digital.

Dalam satu kenyataan kelmarin, CGC berkata, ceramah itu bertujuan menyediaka­n platform kepada PKS tempatan mempelajar­i pengetahua­n dan kemahiran baharu bagi menggunaka­n penyelesai­an pemasaran digital secara berkesan bagi mendapat pelanggan baharu dan mengembang­kan perniagaan mereka.

Majlis itu yang diadakan pagi kelmarin memaparkan penceramah seperti Ketua Pemasaran Digital AirAsia BIG, Lynn Dhia dan Ketua Perniagaan iFleet, Lee Zhern Yuen, di mana kedua-dua mereka terkenal dalam ruang digital.

Ketua Pegawai Perniagaan CGC, Leong Weng Choong berkata, PKS adalah penting kepada ekonomi dan syarikat itu bertekad untuk membantu mereka berjaya.

“Kami telah membuat pelaburan dalam program bimbingan kerana kami tahu yang pembimbing yang baik boleh memberikan nasihat dan sokongan praktikal kepada usahawan untuk membawa idea perniagaan mereka ke peringkat lebih tinggi. — Bernama KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan dengan campur tangan Bank Negara Malaysia menawarkan beberapa tender bagi menyerap lebihan kecairan daripada sistem kewangan.

Untuk minggu baharu berakhir, kadar semalaman disebut pada 2.97 peratus manakala kadar satu, dua dan tiga minggu masingmasi­ng berada pada 3.02 peratus, 3.06 peratus dan 3.11 peratus.

Bank Pusat itu campur tangan setiap hari bagi menyerap lebihan kecairan dengan melaksanak­an tender pasaran wang konvension­al, Qard, pasaran wang lelongan matang, pasaran wang lelongan matang Islam dan program murabahah komoditi.

Jumlah lebihan mudah tunai dalam sistem konvension­al untuk minggu baharu berakhir telah menguncup kepada RM25.7 bilion berbanding RM26.70 bilion minggu lepas manakala dalam sistem Islam ia meningkat kepada RM6.3 bilion berbanding RM5.51 bilion sebelum ini.

Penanda aras kadar antara bank tiga bulan berada pada 3.43 peratus. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia