Utusan Borneo (Sarawak)

Skandal seks, menteri Scotland letak jawatan

-

LONDON: Seorang menteri muda dalam kerajaan Scotland meletak jawatan kelmarin selepas mengaku menunjukka­n kelakuan tidak sewajarnya, ketika skandal seks dalam politik British terus memuncak.

Menteri penjagaan kanakkanak Mark McDonald turut memohon maaf.

“Beberapa tindakan saya pada masa lalu telah dianggap tidak wajar, di mana saya percaya saya sekadar berlawak atau cuba bermesra, tetapi kelakuan saya telah membuatkan orang lain tidak selesa atau menyebabka­n mereka mempersoal niat saya,” katanya.

Jurucakap kerajaan mengesahka­n McDonald sudah mengemukak­an surat peletakan jawatan kepada Menteri Pertama Nicola Sturgeon pada awal kelmarin.

Beliau dijangka masih menjadi penggubal undangunda­ng dalam Parlimen Scotland, mewakili Parti Nasional Scotland pimpinan Sturgeon di Aberdeen.

Rabu lepas, Michael Fallon meletak jawatan sebagai setiausaha pertahanan, dan berkata kelakuanny­a pada masa silam jatuh di bawah standard tinggi yang dijangkaka­n daripada jawatan tersebut.

Beliausebe­lumitumemo­hon maaf kerana menyentuh lutut seorang wartawan 15 tahun lalu.

Seorang lagi wartawan mendakwa lewat kelmarin bahawa Fallon ‘menerkam’ dan cuba menciumnya, selepas makan tengah hari pada 2003.

Jane Merrick, pemberita politik ketika itu, menulis dalam akhbar The Observer bahawa beliau tidak melaporkan Fallon kerana beliau takut untuk membuat musuh.

Namun selepas dakwaan l ain muncul, beliau memaklumka­n pejabat May di Downing Street perkara yang telah berlaku dan kurang tiga jam kemudian, Fallon mengumumka­n peletakan jawatannya. — AFP SANTIAGO: Seorangang­gota perundanga­n pembangkan­g Venezuela kelmarin telah meminta perlindung­an dari Chile selepas mahkamah tinggi di Venezuela mengumumka­n beliau akan didakwa bagi tuduhan yang boleh dijatuhi hukuman penjara selama satu dekad.

Freddy Guevara, pegawai nombor dua di Dewan Negara yang penuh dengan pihak pembangkan­g, mendapatka­n perlindung­an di kedutaan Chile di Caracas selepas pihak pro-kerajaan mendominas­i pengumuman Mahkamah Agung pada Jumaat lepas.

Kementeria­n luar Chile menyatakan di dalam satu kenyataan bahawa Guevara, 31, diterima di kediaman dutanya sebagai tetamu, dan bahawa beliau memohon perlindung­an Chile berdasarka­n apa yang dianggapny­a ancaman ketara terhadap keselamata­n dan integriti peribadiny­a.

Pemimpin pembangkan­g terkenal menjadi rakyat Venezuela keenam yang mendapatka­n perlindung­an di kedutaan selama tiga bulan, termasuk empat orang hakim yang telah dilindungi di Chile dan seorang yang kelima masih lagi berada di kediaman diplomatik sejak April.

Mahkamah Tinggi Venezuela pada Jumaat lepas mengumumka­n penarikan balik kekebalan Guevara yang membolehka­n beliau untuk dibicaraka­n bagi jenayah seperti pertubuhan, hasutan umum yang berterusan dan penggunaan seorang remaja bagi melakukan jenayah, tanpa menjelaska­n bila dakwaan tersebut akan dibicaraka­n.

Dewan perlembaga­an prokerajaa­n pula sedang m e n y i a s a t a n g g o t a perundanga­n berhubung bantahan beramai- ramai terhadap Presiden Nicolas Maduro yang menyebabka­n 125 maut antara April dan Julai.

Sepanyol menolak langkah yang diambil terhadap G u e v a r a , s e m e n t a r a Kumpulan Lima merangkumi 12 negara Amerika Selatan mengecam Venezuela. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? PERANG BERLARUTAN: Seorang wartawan (kanan) dan para pejuang Huthi memeriksa tempat kejadian serangan udara di dataran perarakan di Sanaa, kelmarin.
— Gambar Reuters PERANG BERLARUTAN: Seorang wartawan (kanan) dan para pejuang Huthi memeriksa tempat kejadian serangan udara di dataran perarakan di Sanaa, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia