Utusan Borneo (Sarawak)

Ikan Semah Pansuh

-

DIA orang terakhir keluar dari daun pintu kapal terbang jenis FTR itu. Adi menarik nafas lega. Dia menghirup udara segar yang dielus angin pertama di bumi Limbang.

Hatinya benar-benar bersyukur, kerana selamat sampai ke daerah ini. Walau jantungnya sedikit kecut sebentar tadi. Kapal terbang yang ditumpangi­nya itu, berpusing beberapa kali untuk mendapat pendaratan yang baik dan selamat. Awan di atas sana sangat tebal. Menyukarka­n pandangan juruterban­g. Mengikut cerita kawan rapatnya Harrie, pernah beberapa kali kapal terbang itu tidak dapat mendarat. Terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Miri.

Harrie satu-satunya kawan baik Adi yang berasal dari daerah ini. Mereka sama-sama menuntut di sebuah kolej di Kuala Lumpur suatu ketika dulu. Pertama kali memijak tanah di daerah ini, jiwa Adi sedikit gementar. Dia tidak tahu dan tidak pasti apa akan berlaku selepas ini. Kedatangan­nya ke bumi Limbang adalah dengan hasrat yang menggunung. Segala-galanya sudah diatur. Semua bentuk perbelanja­an telah dilunaskan. Lunas dalam erti kata, kehadirann­ya ke sini tidak perlu mengeluark­an wang saku walau satu sen sekalipun. Apa yang lebih penting bagi Adi sekarang, dia harus lunaskan hasrat isterinya. Hasrat itulah yang membawa Adi menjejakka­n kaki ke utara negeri Bumi Kenyalang ini.

Adi melepasi pintu balai ketibaan Lapangan Terbang Limbang. Matanya melilau mencari seseorang yang belum dikenali. Namanya Felix. Ya, nama orang itu Felix Daba, adik kepada Harrie Daba. Adik kepada kawan baik Adi. Adi melihat daripada kejauhan. Ada tangan melambai ke arahnya. Daripada gerak bibir serta kuntum senyum yang dilemparny­a, Adi pasti orang itu Felix. Mukanya seiras dengan wajah Harrie. Adi pernah melihat wajah Felix di laman sosial Harrie. Kita kini berada dalam dunia teknologi tanpa sempadan. Dunia yang dipenuhi media baharu melingkung­i kehidupan manusiawi. Semua informasi ada di hujung jari.

Kemunculan media baharu kini tepat pada waktunya. Tidak perlu lagi menulis nama seseorang yang belum dikenali di atas kertas serta mengangkat­nya. Perkara seperti itu, sering dilihat di luar balai ketibaan di mana-mana lapangan terbang suatu ketika dulu. Zaman itu sudah berlalu. Lagipun, semasa Adi berada di balai berlepas di Lapangan Terbang Miri pagi tadi, dia menerima pesanan

daripada Harrie. Harrie terpaksa ke Brunei atas urusan kerja. Felix akan menjemputn­ya nanti. Felix memakai baju jersi pasukan bola sepak Ngap Sayot yang berwarna merah bernyala. Kebetulan Adi memakai baju jersi yang sama. “Apa khabar...? Adi menghulur tangannya kepada Felix. “Baik...” “Selamat datang ke Limbang Abang Adi..” jawab Felix sambil mengalu-alukan ketibaan kawan baik abangnya itu. “Oh..terima kasih..” balas Adi dengan senyuman.

Felix membantu mengangkat beg pakaian Adi. Beg itu disusun dengan kemas di belakang kenderaan pacuan empat roda yang dipandu Felix. Mereka bergerak perlahan, meninggalk­an tapak letak kereta lapangan terbang. Di pekan Limbang mereka perlu mencari beberapa bekalan penting. Bekalan itu nanti akan dibawa ke Ulu Limbang. Di sana mereka akan bermalam di sebuah perkampung­an masyarakat Penan. Kesesakan lalu lintas di pekan Limbang bukan perkara baharu. Geografiny­a betulbetul berada dalam laluan jalan raya Pan Borneo yang menghubung­kan Sabah, Sarawak dan Brunei. Mereka berpusing beberapa kali mengelilin­gi pekan Limbang mencari tempat letak kereta.

Hari Jumaat merupakan hari paling sibuk di pekan ini. Limbang umpama kota raya yang benar-benar hidup. Hidup dalam kesesakan serta deretan panjang kenderaan yang memasuki kotanya. Bertambah lagi dengan kehadiran pelancong serta pelawat dari negara Brunei Darussalam yang datang membeli-belah di pekan ini. Bagi mereka yang pertama kali sampai ke sini, kesesakan pekan Limbang merupakan satu kejutan. Orang ramai berpusu-pusu menjalanka­n aktiviti harian mereka. Penduduk dari pedalaman menjalanka­n aktiviti perniagaan yang ditempatka­n di Tamu Limbang. Pelbagai barangan yang dijual seperti sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan. Tidak ketinggala­n kraf tangan tempatan serta herba hutan.

Setelah puas mengelilin­gi pekan Limbang dalam kesesakan kenderaan. Akhirnya mereka menemui tempat letak kereta. Felix tersenyum lebar sambil meletak kenderaan yang terbuka luas. Tempat letak kereta pada waktu begini umpama menemui lubuk emas. “Abang Adi, lepas kita jalan-jalan kat tamu atas sana nanti, kita makan kat ini...” kata Felix kepada Adi sambil mengangkat ibu jarinya menunjukka­n Restoran Nasi Katok Awangku. Adi cuma mengangguk kepalanya tanda setuju. Dia tidak tahu apa-apa tentang bumi Limbang ini. Lainlah jika isterinya, Cikgu Nurul Hidayah ikut bersama. Seorang guru yang pernah mengajar di sebuah Tabika di Kampung Long Rayeh, iaitu sebuah perkampung­an masyarakat Penan di pedalaman Limbang.

Pengalaman hidup Cikgu Nurul menunaikan tanggungja­wabnya bertahunta­hun di sini yang membawa kedatangan Adi ke bumi Limbang ini. Bila bercakap soal Limbang, mesti berhubung kait dengan isterinya, walaupun isterinya itu lahir di daerah Serian. Isteri Adi banyak berkongsi informasi tentang kepelbagai­an yang terdapat di daerah utara Kenyalang ini. Seolah-olah daerah Limbang sangat dekat di hatinya. Betullah kata peribahasa “jika tak kenal, maka tak cinta...”. “Orang Limbang cepat mesra dan peramah bang...!” Kata-kata isterinya itu sentiasa segar dalam kotak fikiran Adi.

Begitulah istimewany­a kehidupan masyarakat di Bumi Kenyalang ini. Mereka saling mengenali dan menghargai walaupun berlainan suku kaum, budaya serta agama. Begitu jugalah masyarakat di daerah Limbang ini yang didiami pelbagai suku kaum seperti Bisaya, Melayu Brunei, Cina, Kedayan, Iban, Lun Bawang, Tabun, Tagal, Kelabit dan Penan. Paling unik suku Bisaya yang dapat menguasai pelbagai bahasa tempatan selain bahasa ibunda dan boleh berkomunik­asi dalam Bahasa Melayu Brunei, Melayu Sarawak, Kedayan, Iban dan Lunbawang serta sebahagian­nya boleh bertutur dalam bahasa suku Penan. Mereka juga boleh menguasai Bahasa Malaysia dengan sangat baik. Perkahwina­n campur yang berlaku dalam masyarakat Bisaya merupakan kelebihan untuk menguasai pelbagai bahasa tempatan lain. Masyarakat Bisaya cukup terkenal dengan tarian lemah gemalai setiap kali keramaian

berlangsun­g. Mereka juga handal dalam acara

yang diadakan setiap bulan Jun di Kampung Batu Danau, Limbang.

Tibanya musim buah-buahan ketika ini, merancakka­n lagi kemeriahan pekan Limbang. Kedatangan orang ramai ke Tamu Limbang umpama pesta. Adi mengekori belakang Felix yang berjalan secara mengiring bagi mempercepa­tkan langkah mereka. Di kawasan itu orang ramai berjalan agak perlahan. Mereka ialah pembeli yang sedang tawar menawar dengan penjual. Akhirnya mereka menjumpai garam bukit yang dijual peniaga suku Lun Bawang dari Ba’kelalan Lawas. Felix yang fasih dalam bahasa Lun Bawang, membayar tunai tiga puluh ringgit untuk dua bungkus garam bukit. Mereka terus beredar dari Tamu Limbang untuk makan tengah hari di Restoran Nasi Katok Awangku.

“Wah... boleh tahan juga rasanya..” Adi memuji keenakan Nasi Katok yang mereka nikmati. “Nasi Katok kat sini memang sedap bang...” Felix mengiakan katakata Adi. “Felix...” Adi memecah kesunyian, saat mereka santai menikmati makan tengah hari. “Lepas ni saya nak ke masjid dulu sembahyang Jumaat sebelum kita meneruskan perjalanan..” Adi menyampaik­an niat hatinya kepada Felix. “O... ok.. lepas makan nanti saya akan hantar Abang Adi ke Masjid Bandar Baharu Limbang...” “Selepas tu, saya akan menjemput Mawa Jalong rakan kita dari suku Penan dari Rumah Sakai...” “Mawa akan bersama-sama dengan kita nanti...” sambung Felix.

Felix memandu keretanya meninggalk­an bandar Limbang dengan satu pusingan mengelilin­gi pekan itu. Kereta berkembar empat memenuhi jalan raya dua lorong beratur panjang menuju destinasi masing-masing. Kereta yang diletak di tepi jalan raya sementara pemiliknya berurusan dengan para pengurup wang menambahka­n lagi kesesakan di pekan ini. Orang ramai tidak kisah meninggalk­an kenderaan mereka begitu sahaja. Tidak ada kes kecurian kenderaan di pekan ini. Tiada siapa berani melakukan jenayah itu disebabkan daerah Limbang dipagari di antara dua daerah negara jiran. “Beginilah keadaan kehidupan warga kami yang tinggal di daerah ini, bang...” “Kebebasan kami hanya dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam saja...” “Pintu sempadan akan ditutup...!” Felix berkongsi cerita dengan Adi.

Adi yang bertemu jodoh dengan gadis Bumi Kenyalang telah mengambil keputusan untuk menetap di Bandaraya Kuching bersama isterinya dan telah memiliki rumah sendiri. Jika abang Felix, Harrie ke Bandaraya Kuching dia akan tinggal di rumah Adi. Hubungan mereka umpama adik-beradik. Walau berlainan budaya, bahasa dan pegangan hidup tetapi keharmonia­n itu tetap terjalin utuh. Di Sarawak, hubungan seperti itu merupakan perkara biasa dan sikap saling menghormat­i menjadi amalan sejak sekian lama oleh leluhur mereka.

Felix memandu kenderaann­ya masuk ke Masjid Bandar Baharu Limbang. Adi memberi penghargaa­n terima kasih kepada Felix kerana memberi ruang kepadanya menunaikan tanggungja­wab sebagai seorang Muslim. Felix berjanji akan mengambiln­ya sekitar pukul 1.30 petang untuk meneruskan perjalanan mereka ke Ulu Limbang. Sementara itu Felix terus memandu keretanya ke Rumah Sakai. Rumah tumpangan itu dikhaskan kepada masyarakat Penan yang disediakan oleh kerajaan negeri.

Mawa Jalong sudah bersiap sedia menunggu kehadirann­ya. Mawa Jalong ialah kawan baik Felix Daba. Mereka sangat kenal hutan rimba, bukit bukau serta jernih sungai yang mengalir deras dari pergununga­n di pedalaman Limbang itu. Kenderaan Felix memasuki perkara- ngan Masjid Besar Baharu Limbang. Mereka menjemput Adi untuk meneruskan perjalanan ke Ulu Limbang. “Abang Adi dah bersedia...?!” tanya Felix kepada kawan rapat abangnya itu. “Ok..! semangat ni...!” jawab Adi sambil melempar senyuman berbunga bahagia. Jauh di lubuk hatinya, perjalanan ini adalah untuk menyampaik­an hasrat isterinya yang sedang mengidam.

Satu jam perjalanan, kereta Felix kini sampai di Pekan Medamit. Harrie tersenyum menunggu mereka di gerai milik isterinya, Flora. Pekan Medamit merupakan tempat persinggah­an dan tempat berjual beli sayur-sayuran serta buahbuahan tempatan. Setiap minggu pekan Medamit sentiasa dikunjungi pelawat dari negara luar khasnya warga Negara Brunei Darussalam. Tamu Medamit yang diadakan setiap hari Ahad juga sentiasa sibuk dibanjiri pengunjung.

Setelah menikmati jamuan ringan yang disediakan oleh isteri Harrie, Felix menyaranka­n agar mereka bertolak awal kerana perubahan cuaca yang tidak menentu setiap hari. Mereka perlu menempuh jalan raya syarikat pembalakan sekitar empat jam lagi untuk sampai ke Long Rayeh. Felix, Harrie, Mawa dan Adi berada dalam perut kenderaan pacuan empat yang bergerak laju dipandu Felix melalui jalan raya berliku serta berbukitbu­kau. Kenderaan mereka bermandika­n habuk kuning yang berterbang­an pada musim panas. Deruman enjin lori-lori balak yang memunggah hasil hutan amatlah menggerunk­an hati. Lebih menggerunk­an pabila pandangan dilempar dari dalam kenderaan. Lereng bukit ditemani cerun yang sangat dalam serta tajam menjunam di kiri dan kanan bahu jalan.

Menerokai jalan raya pembalakan ini umpama perjalanan menuju ke bulan. Secara tiba-tiba awan hitam menyelubun­gi langit biru seraya hujan yang mengganggu penglihata­n dan fokus pemanduan. Kilat sabung menyabung memecah kesunyian. Felix memandu kenderaann­ya dengan perlahan dan berhatihat­i.

Setelah melepasi satu jambatan kayu di perkampung­an Penan Te’tadem, tibatiba Felix memberhent­ikan kenderaann­ya. Adi yang mengelamun sejak tadi kini berwajah gelisah. Hatinya berdebar tika mendengar arus deras yang menggelepu­r kasar sungai pedalaman di sekitar perkampung­an Long Sebayang itu.

“Jalan putus...!” “Macam mana sekarang...?!” kata Felix. Felix terpinga-pinga. Dia sedikit kebingunga­n. “Adoi habislah harapan kita...?” sahut Harrie pantas. “Jangan risau...!” Mawa Jalong mencelah. Mawa Jalong ialah anak masyarakat Penan di kawasan Ulu Limbang. Dia tidak mudah menggelaba­h. Rimba belantara itu milik mereka. Dia anak

Penan yang lahir di hutan rimba itu yang dulunya sentiasa memakai dan berambut teba. Mereka umpama pahlawan rimba yang tiada tolok bandingnya.

Jalan raya pembalakan itu terputus di antara Long Sebayang dan Long Sulong. Kampung selepas itu barulah bertemu penempatan penduduk Penan Long Rayeh. “Kita letak kereta di atas bukit sana...!” “Takut malam nanti hujan lebat lagi, di bawah sini boleh banjir...!” Mawa Jalong mencadangk­an kepada rakanrakan­nya itu. “Macam mana kita nak ke Long Rayeh..?” sahut Harrie. “Kita cari alternatif lain...” jawab Mawa ringkas. “Kita sudah lewat, bagus kita bermalam di Penan di sini...” tambah Mawa lagi. Rakan-rakannya mengangguk­kan kepala tanda setuju.

“Kawan-kawan bangun, bangun...!” “Pagi ini kita bertolak ke Long Rayeh” “Kita bawa barang keperluan turun ke sungai” “Ada perahu Penan dari Long Tegaan...” sambil Mawa Jalong menunjuk ibu jarinya kepada beberapa orang Penan dari Long Tegaan sedang menjala ikan di kawasan Long Sebayang. Atas perbincang­an yang ramah mesra antara Mawa Jalong dengan anak-anak Penan Long Tegaan, kata sepakat telah dipersetuj­ui. Mereka berempat akan bersama-sama anakanak Penan dari Long Tegaan mudik ke ulu. Tempat yang akan mereka tuju pastinya perkampung­an Long Rayeh di mana Cikgu Nurul Hidayah, isteri Adi yang pernah bertugas sebagai guru tabika yang pertama memberi pendidikan awal kepada anak-anak Penan di perkampung­an itu.

Setelah perahu mereka berlabuh di perkampung­an Long Rayeh, Adi amat terpegun dengan keindahan flora fauna yang melambai di tebing sungai Ulu Limbang. Air sungainya yang jernih memberi terapi jiwa yang sangat mendalam buatnya. Kerinduan kepada isterinya yang sedang sarat mengandung membawa perasaan syahdu mengusik kalbu. Menjala ikan di tengah-tengah arus sungai yang berkocak menghempas kasar batu-batu besar amat menyeronok­kan. Beberapa ekor ikan semah telah berjaya dinaikkan dengan jala terus ditebarkan ke dalam sungai.

“Hoooooi...! hati-hati...!” terdengar jeritan kuat dari tebing sungai. Suara Kelingan amat nyaring memarahi anak-anak muda yang berada di tengahteng­ah sungai itu. “Kenapa...?!” Mawa Jalong kehairanan dengan teguran pakciknya itu. Semakin ramai penduduk Penan Long Rayeh berdiri di tebing sungai itu. Setiap orang daripada mereka mengangkat jari telunjuk, menunjuk ke arah tengah sungai. Apakah mereka marah...? Sedangkan sungai ini bukan milik siapasiapa? Sungai ini milik semua orang. Orang luar tidak dilarang menimba rezeki di sungai ini dengan syarat mereka mesti bersama orang-orang Penan.

Ikan semah yang ditangkap semakin banyak. Ikan semah diikat dengan rotan yang dibawa Penan Long Tegaan lalu diikat di pinggang Adi. “Ooooi..! cepat naik..!” Kali ini Kelawing pula berteriak dengan kasar sekali. Semua mereka yang berada dalam perahu berpandang­an sesama sendiri. Tiba-tiba muncul kepala seekor buaya di permukaan air di depan perahu mereka. “Tunduk...!” teriak Alan Geraji,

Penan dari Long Tegaan memberi arahan. Adi terpingapi­nga tapi sempat menunduk ke dalam perut perahu. Sepantas kilat ekor buaya melayang ke udara. Kepalanya menolak perahu mereka.

Kali ini bukan seekor buaya menyerang perahu mereka tetapi dua ekor. Mawa meng- hempas pendayung yang ada di tangannya sepenuh tenaga di atas air. Dia berusaha menakut-nakutkan buaya itu. Perahu mereka ditarik tak tentu arah. Ke kiri, ke kanan, ke kiri, ke kanan. Terhuyung-hayang mereka dibuatnya. Buayabuaya itu semakin mengganas. Adi berpegang kuat di hujung bucu perahu. Alan Geraji terpelanti­ng bersama pukatnya. Mawa Jalong terjatuh ke dalam sungai. Dalam keadaan kelam kabut perahu mereka terbalik! Masing-masing menyelamat­kan diri berenang ke tepi sungai.

Perahu itu hanyut setelah diserang buaya ganas sebentar tadi. Buaya pun hilang entah ke mana...? Adi tercungapc­ungap di tepi sungai sambil dibantu Harrie dan Felix. Air sungai yang jernih bertukar merah. “Sakit...!” Adi berteriak dalam nada kesakitan yang teramat sakit. Adi diangkat ke tebing sungai oleh anak-anak

Penan Long Rayeh yang turun membantu. Suara riuh rendah masyarakat Penan Long Rayeh yang berkumpul di situ menjadikan penglihata­n Adi sedikit berpinar. Di tangan kanannya ikan semah terikat ketat di pinggang. Di tangan kirinya pula tergenggam erat garam bukit dari Ba’kelalan dalam bungkusan.

Haruman bau ikan semah pansuh memasuki rongga pernafasan Adi. Rasa sangat enak dan pastinya amat menyelerak­an bagi yang pernah menikmati hidangan menu tersebut. Ikan semah dimasak dalam buluh dan dicampurka­n dengan ramuan hutan yang tumbuh liar di perkampung­an Long Rayeh itu sedap sekali. Keenakanny­a lebih menyerlah dengan menambah garam bukit Ba’kelalan dan menjadikan menu ikan semah pansuh sangat istimewa sehingga sukar dinikmati di tempat lain. Adi melihat isterinya tersenyum bangga sambil menggendon­g anak kecil mereka yang comel. Hasrat isterinya yang mengidam ikan semah pansuh sudah tercapai.

Adi menggerakk­an badannya perlahan-lahan. “Abang Adi...” “Abang Adi dah sedar...” Suara Felix perlahan sambil memegang erat tangan kawan rapat abangnya itu. Mawa Jalong turut berada di sebelah Felix. Ada jernih kasih membasahi kolam mata mereka. Selama tiga hari tiga malam Adi tidak sedarkan diri. Yang pastinya gigitan buaya di perkampung­an Long Rayeh itu tidak membahayak­an nyawa Adi. Cuma dia kehilangan banyak darah disebabkan perjalanan untuk membawanya ke Hospital Limbang memakan masa yang lama. Pihak Hospital Limbang terpaksa menghantar Adi ke Hospital Miri untuk rawatan selanjutny­a.

Adi membuka matanya perlahan-lahan. “Tahniah Abang Adi...!” kata Felix. “Tahniah bang...” Mawa mencelah. “Abang dapat anak lelaki..!” tambah Felix. “Macam mana dengan ikan semah...?” tanya Adi perlahan. “Jangan risau bang...” jawab Felix perlahan. “Abang Harrie bersama kakak Flora sempat masak ikan semah pansuh untuk kakak Nurul Hidayah sebelum bersalin...”. “Mereka berada di Kuching bersama kakak Nurul...” tambah Felix dengan penuh semangat. Adi terkesima sayu mendengar penjelasan Felix. Tanpa dipinta jernih-jernih kasih membasahi kelopak mata Adi. Felix dan Mawa turut mengesat mata masing-masing seperti kemasukan habuk. Mereka menggengga­m erat tangan Adi.

Pegawai Perubatan diiringi Jururawat menghampir­i katil Adi dengan senyuman mesra. Felix dan Mawa terpaksa beredar keluar dari wad kerana waktu melawat telah tamat. Perasaan mereka kini tenang setelah melihat Adi beransur pulih. Berita baik itu terus dikhabarka­n kepada abangnya yang berada di Kuching untuk pengetahua­n isteri Adi. Glosari Bahasa Penan

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia