Utusan Borneo (Sarawak)

Loji Langat Dua mula bekal air bersih tahun depan

Penduduk nikmati air bersih disalur terus dari tadahan

-

BANGI: Bermula Ogos tahun depan, penduduk di sekitar Hulu Langat bakal menikmati bekalan air bersih yang disalurkan melalui Loji Rawatan Air Langat 2.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang berkata lebih sejuta penduduk di kawasan itu akan menikmati faedah daripada air yang disalurkan terus menerusi kawasan tadahan dari Sungai Kelau dan Sungai Bilut di Pahang.

Katanya setakat ini pembinaan Langat 2 telah 80 peratus siap serta mengikut tempoh disasarkan untuk disiapkan sepenuhnya pada Disember 2019.

“Bagaimanap­un sebelum projek yang ditunggu sekian lama ini siap sepenuhnya pada 2019, ia sudah boleh digunakan untuk menyalurka­n bekalan air bersih kepada penduduk Kuala Langat selepas pertengaha­n tahun depan.

“Menjelang Disember 2019, kita yakin Langat 2 mampu menampung 25 peratus keperluan air bersih kepada seluruh penduduk di Lembah Kelang,” katanya pada sidang media selepas merasmikan sambutan hari alam sekitar Friends of Langat River ( FoLR) di sini semalam.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidik­an dan Inovasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Mohd Ekhwan Toriman.

Projek Langat 2, yang tertangguh sejak 2008 dapat diteruskan apabila Selangor bersetuju mengeluark­an ke- benaran merancang ‘Perintah Pembanguna­n’ selepas menandatan­gani perjanjian persefaham­an antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutua­n pada 26 Feb lepas.

Projek itu antara komponen utama Skim Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor bagi merawat 2,260 juta liter sehari (JLH) air mentah dari Sungai Semantan, Pahang ke Sungai Langat bagi memenuhi keperluan permintaan tambahan bekalan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 2025.

Mengenai FoLR, Zaini berkata ia merupakan usaha yang digerakkan kementeria­n bersama UKM serta komuniti setempat serta pihak yang prihatin dengan ekosistem Sungai Langat dan pemulihara­annya sebagai nadi penting kepada sumber air di Selangor.

Beliau berkata antara usaha yang dilakukan ialah membersihk­an dan memastikan anak Sungai Bangi yang mengalir melalui UKM sebelum memasuki Sungai Langat terhindar daripada pencemaran atas faedah dan kepentinga­nnya kepada masyarakat.

Sejak inisiatif itu digerakkan Mac lepas, sebanyak 13 aktiviti gotong- royong pemulihara­an sungai telah dilaksanak­an selain turut menaik taraf tebingan sungai sebagai kawasan rekreasi.

Selain air yang mengalir semakin jernih, kita turut menyiapkan laluan sepanjang 2 kilometer di sisi sungai untuk tujuan beriadah seperti joging, berjalan kaki dan berbasikal, katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DARJAH SERI PADUKA MAHKOTA PERAK : Sultan Nazrin Shah menganuger­ahkan Darjah SPMP kepada Zainal Rahim sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-61 Sultan Perak di Istana Iskandaria­h semalam.
— Gambar Bernama DARJAH SERI PADUKA MAHKOTA PERAK : Sultan Nazrin Shah menganuger­ahkan Darjah SPMP kepada Zainal Rahim sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-61 Sultan Perak di Istana Iskandaria­h semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia