Utusan Borneo (Sarawak)

KPPA dahului penerima pingat hari keputeraan Sultan Perak

-

KUALA KANGSAR: Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam Tan Sri Zainal Rahim Seman mendahului senarai 31 penerima Darjah Kebesaran Perak sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-61 Sultan Perak di Istana Iskandaria­h di sini, semalam.

Zainal Rahim dan Pengerusi Pos Malaysia Berhad Tan Sri Dr Mohd Khamil Jamil masing-masing dianugerah­i Darjah Seri Paduka Diraja Mahkota Perak membawa gelaran Datuk Seri yang disempurna­kan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Berangkat pada istiadat itu Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja DiHilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnai­n Sultan Idris Shah serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan barisan kepimpinan kerajaan negeri.

Sultan Nazrin Shah juga berkenan menganuger­ahkan Darjah Seri Panglima Taming Sari yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima kepada Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim dan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

Seramai tiga individu dianugerah­kan Darjah Datuk Paduka Cura Si Manja Kini yang membawa gelaran Datuk iaitu Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Rusnah Kassim.

Dua lagi penerima Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi, Hal Ehwal Pengguna, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Masyarakat Sivil negeri Datuk Samsudin Abu Hassan serta Pengarah Urusan Kamalbina Sdn Bhd Datuk Kamarulbah­rin Zainuddin.

Sultan Nazrin juga berkenan mengurniak­an Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak yang membawa gelaran Datuk kepada 20 penerima antaranya Pengarang Kumpulan New Straits Times Datuk Yushaimi Maulud Yahaya, Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Datuk S.Thangasvar­i, Duta Besar Malaysia ke Lubnan T. Balachandr­an dan Bekas Naib Canselor Universiti Nottingham Prof Sir David Greenaway.

Baginda juga berkenan mengurniak­an Darjah Datuk Pahlawan Taming Sari yang membawa gelaran Datuk Pahlawan kepada empat individu iaitu Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak Datuk Mazlan Santarai dan Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor.

Dua lagi penerima adalah Pakar Pergigian Markas Angkatan Tentera Malaysia Mejar Jeneral Dr Borhan Jasmin dan Markas Logistik Barat Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia Lumut Laksamana Muda Mohammed Ariff Mahru.

Terdahulu Sultan Nazrin berkenan memeriksa kawalan kehormatan 106 pegawai dan anggota Rejimen Askar Jurutera Diraja Dua Divisyen diketuai Mejar Norhejeri Shamsuddin.

Pada tahun ini, Sultan Nazrin berkenan menganuger­ahkan 331 darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri sempena ulang tahun Hari Keputeraan baginda yang disambut Jumaat lepas.

Majlis penganuger­ahan darjah, bintang dan pingat lain akan disempurna­kan pada 11 Nov ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia