Utusan Borneo (Sarawak)

FILIPINA MENDOMINAS­I SAINGAN

Rangkul kejuaraan kategori master lelaki, elit lelaki dan wanita SIMBC 2017

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

Filipina mendominas­i saingan KUCHING: Pasukan Berbasikal Filipina mendominas­i saingan akhir tiga kategori Downhill Siol Internatio­nal Mountain Bike Challenge ( SIMBC) 2017 berlangsun­g di Trek DBKU MTB Bukit Siol, di sini semalam.

Skuad itu nyata tidak berdepan masalah apabila merangkul kejuaraan dalam kategori master lelaki, elit lelaki dan elit wanita.

Mendahului senarai pemenang, Feddrick Farr memenangi tempat pertama dengan catatan masa 1 jam 26 minit.

Manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi peserta dari Sabah, Stanly Jalip dan Lukas Jali.

Sementara itu, kategori elit wanita menyaksika­n Lea Denise Belgaria unggul menduduki podium sebagai juara selepas menewaskan dua pencabarny­a, Nia Vanessa Suhana Zaidi dan Natasya Soon dari Pahang dan Sabah.

Kemenangan itu membolehka­n Denise membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah £500 dan pingat.

Bagi kategori elit lelaki pula, juara Downhill Asia, Eleazar Barba Jr menepati ramalan apabila muncul pemenang pertama kategori itu sekali gus membawa habuan £600, piala dan pingat.

Mengekori rapat di tempat kedua, rakan sepasukan John Derrick Farr di samping Muhammad Aim Muhammad Fauzi dari Giant Malaysia Racing Team selaku peme- nang podium ketiga.

Hari kedua SIMBC 2017 menyaksika­n penyertaan 107 pelumba dari 10 negara termasuk Malaysia.

Antara peserta dari Hong Kong, India, Jepun, Taipei, Filipina, Singapura, Kazakhstan, Timor Leste dan Indonesia.

Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara ( DBKU), Datuk Abang Abdul Wahab Abang Julai.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Dr Ong Kong Swee, Pengarah DBKU, Jumaini Haili dan Ahli Majlis DBKU, Datuk Wee Hong Seng.

SIMBC berlangsun­g tiga hari bermula 3 hingga 5 November lalu merupakan program tahunan anjuran DBKU dengan sokongan penuh Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan, Sarawak Energy Berhad, Giant Kuching, Union Cycliste Internatio­nale, Asia Mountain Bike Series dan Malaysian National Cycling Federation.

 ??  ??
 ??  ?? TAHNIAH: Abdul Wahab bersama pemenang selepas berakhir saingan SIMBC 2017 di Kuching semalam.
TAHNIAH: Abdul Wahab bersama pemenang selepas berakhir saingan SIMBC 2017 di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia