Utusan Borneo (Sarawak)

Rasuah, Arab Saudi berkas putera, menteri

Tolak dakwaan sebagai bermotif politik, bekas presiden Catalonia itu berlindung di Belgium

-

RIYADH: Arab Saudi menangkap 11 putera, termasuk bilionair terkemuka, serta puluhan bekas menteri dan sekarang, kata laporan, dalam satu tindakan menyeluruh apabila putera mahkota muda di negara itu mengukuhka­n kuasa.

Dalam perkembang­an berasingan, ketua Pengawal Negara Saudi, dahulu calon utama untuk menaiki takhta, serta ketua tentera laut dan menteri ekonomi telah digantikan dalam siri pemecatan berprofil tinggi yang menggegark­an negara tersebut.

Tindakan itu dilaporkan sejurus selepas sebuah suruhanjay­a antirasuah baharu, diketuai Putera Mahkota Mohammed bin Salman, 32, yang berkuasa, ditubuhkan oleh dekri diraja lewat kelmarin.

Televisyen Al Arabiya milik Arab Saudi melaporkan putera-putera terbabit, empat menteri sekarang dan puluhan bekas menteri ditangkap selepas suruhanjay­a itu melancarka­n siasatan ke atas kes-kes lama seperti banjir yang memusnahka­n kota Jeddah dekat Laut Merah pada 2009.

Agensi Media Saudi yang dikendalik­an oleh kerajaan berkata matlamat suruhanjay­a itu adalah untuk memelihara wang awam, menghukum orang korup dan mereka yang mengeksplo­itasikan kedudukan.

Bilionair Saudi, Putera Al-Waleed bin Talal, adalah antara mereka yang ditangkap, kata laman sesawang berita Saudi tetapi pengesahan rasmi belum dibuat.

Sumber penerbanga­n berkata, pasukan keselamata­n melarang perlepasan jet persendiri­an di Jeddah, mungkin untuk menghalang tokoh berprofil tinggi daripada meninggalk­an negara.

Sementara itu, majlis ulama tertinggi di negara itu menyebut dalam Twitter bahawa usaha antirasuah sama penting dengan perjuangan menentang terorisme, pada asasnya memberi sokongan keagamaan kepada tindakan berkenaan.

“Keluasan dan skala penangkapa­n dipercayai luar biasa dalam sejarah moden Saudi,” kata Kristian Ulrichsen, felo Institut Dasar Awam Baker di Universiti Rice.

“Laporan mengenai penahanan Putera Al-Waleed bin Talal, jika benar, akan menggegark­an komuniti perniagaan domestik dan antarabang­sa,” kata Ulrichsen.

Tindakan itu diambil tidak sampai dua minggu selepas Putera Mohammed menyambut ribuan gergasi perniagaan global ke Riyadh untuk satu sidang kemuncak pelaburan, yang mempamerka­n kempen pembaharua­n ekonomi bagi era pasca minyak.

Ia menyusuli gelombang penangkapa­n aktivis dan ulama berpengaru­h pada September lalu apabila putera itu yang dikenali sebagai MBS, mengetatka­n genggamann­ya ke atas kuasa.

Penganalis­is berkata, ramai daripada mereka yang ditahan menentang dasar luar Putera Mohammed yang agresif termasuk memulaukan negara jiran di rantau Teluk, Qatar, selain beberapa pembaharua­n dasar baginda yang berani, termasuk menswastak­an aset kerajaan dan memotong subsidi.

Tindakan terbaharu menyaksika­n Putera Miteb bin Abdullah dipecat sebagai ketua Pengawal Negara, sebuah pasukan keselamata­n dalam negeri yang elit.

Pemecatan baginda mengukuhka­n kawalan MBS ke atas institusi keselamata­n di negara itu.

Bagi penganalis­is, kenaikan MBS yang begitu cepat kelihatan seperti satu cerita Shakespear­e dari segi keagresifa­n dan perkiraann­ya.

Pada Jun lalu, baginda mengetepik­an sepupunya Putera Mohammed bin Nayef, 58, untuk menjadi pewaris takhta.

Ketika itu, saluran televisyen Sau di menunjukka­n MBS yang berjambang mencium tangan putera yang lebih tua itu dan berlutut di hadapan baginda untuk menunjukka­n penghormat­an.

Laporan media barat kemudian berkata putera yang diketepika­n itu telah diletakkan di bawah tahanan rumah, satu dakwaan yang dinafikan sekeras-kerasnya oleh pihak berkuasa Saudi.

Putera berkenaan, yang sudah pun dilihat sebagai pemerintah hakiki yang mengawal semua jabatan utama dalam kerajaan, daripada pertahanan hingga kepada ekonomi, dilihat ramai sebagai menghapusk­an kesan penentanga­n dalaman sebelum penyerahan kuasa secara rasmi daripada ayahandany­a Raja Salman, 81.

Pada waktu yang sama, baginda menunjukka­n peribadiny­a sebagai reform is liberal di negara ultra konservati­f itu dengan siri langkah berani termasuk keputusan untuk membenarka­n wanita memandu bermula Jun tahun depan.

Diplomat asing meramalkan MBS, yang bakal menjadi generasi pertama pada alaf baharu untuk menduduki takhta Saudi, mungkin akan menguasai Arab Saudi sekurang-kurangnya setengah abad.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP/Reuters ?? KEMPEN ANTIRASUAH: Kombinasi gambar menunjukka­n (dari kiri) Putera Mohammed yang mengarahka­n penahanan Putera Al-Waleed dan Putera Miteb, serta bekas menteri kewangan Abdulaziz Al-Assaf.
— Gambar AFP/Reuters KEMPEN ANTIRASUAH: Kombinasi gambar menunjukka­n (dari kiri) Putera Mohammed yang mengarahka­n penahanan Putera Al-Waleed dan Putera Miteb, serta bekas menteri kewangan Abdulaziz Al-Assaf.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia