Utusan Borneo (Sarawak)

Album pertama Fazura catat jualan melebihi 5,000 unit

- HIBURAN

Album pertama aktres popular, Nur Fazura Sharifuddi­n berjudul Fazura mencatat jualan melebihi 5,000 unit sejak dipasarkan pada 23 Oktober lalu.

Pencapaian itu membolehka­n Fazura menerima anugerah emas daripada syarikat rakamannya, Universal Music Malaysia, pada majlis pelancaran album berkenaan dan pelantikan­nya sebagai duta Sahajidah Hai-O Marketing di One World Hotel di sini baru-baru ini.

Menurut Fazura, kejayaan yang sama sekali tidak dijangka itu membuatkan dia terharu sehingga tidak mampu menahan tangisan.

“Saya terharu dan gembira apabila hasil usaha saya selama ini berbalas,” jelas Fazura pada sidang media.

Mengulas kejayaan album itu, Aktres Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-27 itu mengakui sangat terharu apabila mengenangk­an pengalaman pahit dan manis tatkala rakaman. DIKECAM DAN DIKRITIK

“Saya tidak takut dengan cabaran dan kritikan. Saya kaji setiap kritikan lantas membaiki diri dengan menghadiri kelas vokal dan menerima panduan secara profesiona­l,” kata pelakon yang popular dengan drama ‘Hero Seorang Cinderella’ ini.

Selain lagu ‘Cinderella’, lagu duet popularnya bersama Fattah Amin, peminat berpeluang menikmati lagu duet bersama Ariadinata, vokalis kumpulan Samsons dalam lagu ‘Cinta Langka’.

Album yang mengandung­i sembilan buah lagu ini mendapat sentuhan kreatif komposer muda seperti Tantra Numata, Irfan Aulia (Samsons), Rich L Gimbang (Estranged), Ahmad ‘Kemat’ Khair, Anas Amdan, Alwyn Santiago, Megat Fazzly.

Sementara itu, pemilihan Fazura sebagai duta adalah seiring dengan visi Sahajidah Hai-O Marketing yang giat mengadakan kepelbagai­an cabang perniagaan dengan menembusi industri fesyen serta menawarkan produk gaya hidup.

Menurut kenyataan Sahajidah Hai-O, Fazura bakal memberi nafas baharu kepada Premium Beautiful, siri pakaian dalam pembentuka­n badan yang merupakan antara produk terlaris dan sinonim dengan nama Sahajidah Hai-O Marketing.

Turut hadir dalam majlis itu ialah pengasas Kumpulan Hai-O, En. Tan Kai Hee, Pengerusi Kanan Sahajidah Hai-O Marketing, Tan Sri Osman S Cassim dan Pengarah Urusan Universal Music Malaysia & Singapura, Kenny Ong. — Bernama

 ??  ??
 ??  ?? PENGIIKTIR­AFAN EMAS: Fazura (kiri) menerima anugerah emas daripada Pengarah Urusan Universal Music Malaysia & Singapura, Kenny Ong baru-baru ini.
PENGIIKTIR­AFAN EMAS: Fazura (kiri) menerima anugerah emas daripada Pengarah Urusan Universal Music Malaysia & Singapura, Kenny Ong baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia