Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas tentera serang gereja di Texas

AS berkabung setelah puluhan mati, cedera ditembak suspek berusia 26 tahun

-

TEXAS: Amerika Syarikat (AS) berkabung semalam selepas seorang lelaki bersenjata memakai ves kalis peluru melepaskan tembakan dengan senjata api gempur ke arah para penganut yang bersembahy­ang di sebuah gereja di pekan Sutherland Springs di Texas kelmarin, menyebabka­n 26 maut dan lebih 20 lagi cedera.

Presiden Donald Trump berkata, negara tersebut kini melalui ‘zaman gelap’ tetapi menegaskan senjata api tidak harus dipersalah­kan dalam serangan beramai-ramai itu.

“Saya percaya kesihatan mental adalah masalah kita di sini.

“Perkara ini berdasarka­n laporan awal iaitu membabitka­n seorang individu yang amat gila,” kata beliau di Tokyo dalam sebahagian jelajah Asianya.

“Ini bukan situasi senjata api, sebaliknya masalah kesihatan mental pada peringkat tertinggi,” tegas Trump.

Mangsa yang berusia antara lima hingga 72 tahun ditembak di Gereja First Baptist di Sutherland Springs, komuniti luar bandar dengan kira- kira 400 pendduuk sekitar 50 kilometer tenggara San Antonio.

Dikenal pasti sebagai Devin Kelley, 26, pihak berkuasa menggambar­kannya sebagai seorang pemuda kulit putih yang ditemui mati dalam kenderaann­ya setelah berdepan dengan seorang penduduk tempatan.

Tentera Udara berkata, Kelley berkhidmat di sebuah pangkal andi New Mexico sejak 2010 sebelum dibicaraka­n di mahkamah tentera pada 2012 atas dakwaan menyerang isteri dan anaknya.

Dia dijatuhkan hukuman penjara berasingan 12 bulan dan menerima pelepasan ‘tingkah laku buruk’ pada 2014, menurut jurucakap pasukan Ann Stefanek.

Berpakaian serba hitam, Kelley melepaskan tembakan di luar gereja sebelum memasuki bangunan dan terus menembak, kata Freeman Martin, pengarah wilayah Jabatan Keselamata­n Awam Texas.

“Ketika penyerang keluar dari gereja, seorang penduduk tempatan mendapatka­n raifalnya dan berdepan dengan suspek.

“Suspek menjatuhka­n raifalnya, iaitu jenis gempur Ruger AR dan melarikan diri dari gereja.

“Warga tempatan kami memburu suspek pada ketika itu,” kata Martin.

Anggota penguat kuasa undang- undang kemudian menemui Kelley mati dalam keretanya yang kemalangan di sempadan daerah WilsonGuad­alupe, namun tidak dapat dipastikan sama ada dia telah membunuh diri atau ditembak penduduk yang berdepan dengannya.

Banyak senjata api ditemui di dalam kereta tersebut yang diproses juruteknik bom.

“Ramai keluarga yang telah kehilangan anggota keluarga.

“Ibu, bapa, anak-anak,” kata Gabenor Greg Abbott sambil memberi amaran angka kematian mungkin meningkat.

“Mangsa yang cedera telah dikejarkan ke beberapa hospital dengan pelbagai tahap kecederaan daripada ringan hingga kepada amat teruk,” kata Martin.

Turut maut anak perempuan pastor Frank Pomeroy, menurut ketua gereja terbabit kepada ABC News.

“Annabelle Renee Pomeroy, 14, adalah anak yang amat cantik dan istimewa,” kata bapanya.

Pomeroy berada di negeri jiran Oklahoma ketika kejadian dan memandu pulang ke Texas selepas mendapat tahu tentang tragedi tersebut.

Mangsa lain yang ada di antaranya dikejarkan ke hospital dengan helikopter, termasukla­h Rylan, 6, budak lelaki yang dibedah setelah ditembak empat kali, kata bapa saudaranya kepada CBS News.

Seorang kanak- kanak berusia dua tahun turut cedera ditembak, lapor The Dallas Morning News.

Jurucakap Pusat Perubatan Memorial Connally di daerah berjiran Floresvill­e mengakui menerima lapan pesakit dengan kecederaan akibat ditembak, empat daripadany­a kemudian dipindahka­n ke San Antonio.

Trump menyelar kejadian tersebut sebagai serangan tembakan yang teruk dan perbuatan jahat, lantas mengarahka­n bendera dikibarkan separuh tiang di Rumah Putih dan bangunanba­ngunan persekutua­n.

Lebih dua tahun lalu, pengikut ketuanan kulit putih Dylann Roof memasuki sebuah gereja kulit hitam bersejarah di Charleston, Carolina Selatan lalu menembak mati sembilan penganut. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? TRAGEDI: Anggota penguatkua­saan undang-undang menjalanka­n siasatan dalam kes pembunuhan beramai-ramai di Gereja First Baptist di Sutherland Springs, Texas kelmarin.
— Gambar Reuters TRAGEDI: Anggota penguatkua­saan undang-undang menjalanka­n siasatan dalam kes pembunuhan beramai-ramai di Gereja First Baptist di Sutherland Springs, Texas kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia