Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki ditahan selepas mengugut juruteknik SESCO

Kejadian berlaku ketika pasukan SESCO menukar meter di sebuah kediaman di Jalan Ulu Sungei Merah, Sibu

-

KUCHING: Seorang lelaki ditahan selepas mengugut juruteknik pemeriksaa­n meter SESCO menggunaka­n senjata tajam, awal minggu ini di Jalan Ulu Sungei Merah, Sibu.

Kejadian itu berlaku ketika pasukan SESCO menukar meter di sebuah kediaman susulan aktiviti gangguan meter dikesan pada operasi pemeriksaa­n meter berasingan.

Sebagai sebahagian daripada prosedur standard SESCO, pelanggan itu diminta menutup peralatan elektrik bagi keselamata­n sebelum penukaran dibuat, namun dia tidak berpuas hati dengan permintaan itu dan memberi respons negatif.

Menurut jurucakap SESCO, apabila pasukan cuba bercakap dengan suspek, lelaki tersebut keluar membawa parang.

“Dia meluru ke arah juruteknik kami sambil mengeluark­an kata-kata kesat. Atas faktor keselamata­n, dan mengelakka­n konfrontas­i, kami berundur dari premis itu dan segera membuat laporan polis,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Bertindak atas laporan, polis memberkas lelaki itu yang kemudianny­a direman selama dua hari untuk membantu siasatan.

Susulan penangkapa­n itu, juruteknik pemeriksaa­n meter SESCO kembali ke premis dan berjaya menukar meter tersebut dan semua barang kes dirampas sebagai bukti untuk pendakwaan. Berdasarka­n rekod SESCO, insiden terbaharu itu merupakan kali keempat meter tersebut diganggu sejak 2015.

SESCO turut merakam penghargaa­n kepada polis atas tindakan pantas mereka dan turut mengingatk­an orang ramai bahawa mengganggu operasi memeriksa meter adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 32(c) Ordinan Elektrik, yang membawa denda RM5,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Dia meluru ke arah juruteknik kami sambil mengeluark­an kata-kata kesat. Atas faktor keselamata­n, dan mengelakka­n konfrontas­i, kami berundur dari premis itu dan segera membuat laporan polis. Jurucakap SESCO

 ??  ?? KESALAHAN: Meter yang diganggu di kediaman pelanggan.
KESALAHAN: Meter yang diganggu di kediaman pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia