Utusan Borneo (Sarawak)

Pondan pecah masuk kedai diberkas

-

Mencuri elektrik adalah jenayah yang membahayak­an nyawa dan boleh menyebabka­n kerosakan pada peralatan elektrik.

SESCO juga akan terus menjalanka­n pemeriksaa­n dan siasatan meter di seluruh negeri dengan bekerjasam­a rapat pihak berkuasa, agensi berkaitan dan orang ramai.

Pesalah akan didakwa di bawah Seksyen 33 (5) Ordinan Elektrik yang membawa hukuman denda RM100,000 dan/ atau lima tahun penjara.

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kecurian kuasa dinasihati menghubung­i talian curi kuasa SESCO di 082-443535 atau e-mel customerca­re@sarawakene­rgy.com.my. MIRI: Seorang pondan berjaya diberkas polis kerana disyaki memecah masuk sebuah kedai di kawasan Pujut 2 di sini awal pagi kelmarin.

Berikutan tangkapan itu, suspek yang berusia 30-an kemudian dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.

Menurut mangsa, 30, sekitar jam 12.50 pagi, pada 5 November lalu dia dihubungi ibunya memaklumka­n ada seseorang masuk ke kedai mereka terletak di Pujut 2 di sini.

Mangsa kemudian balik dan terus melakukan pemeriksaa­n ternampak seorang lelaki tidak dikenali bersembuny­i di dalam pejabat kedai.

Melihat keadaan itu, mangsa terus menghubung­i bapanya dan seorang kawan untuk mengawasi lelaki itu sebelum menghubung­i polis.

Polis tiba beberapa minit kemudian dan menangkap semula suspek setelah diserahkan oleh mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia