Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Sarawak terus menggempur sarang kegiatan judi di negeri ini

-

KUCHING: Polis Sarawak terus menggempur sarang kegiatan judi di negeri ini sepanjang minggu lalu.

Terbaharu, seramai 31 individu ditahan dalam 29 serbuan dilakukan terhadap premis loteri tanpa lesen (4D) dan premis yang menawarkan perkhidmat­an tambah nilai untuk judi siber.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Datuk Dev Kumar, operasi tersebut telah di- laksanakan dari 30 Oktober hingga 5 November lalu.

Katanya dalam 26 serbuan terhadap premis 4D haram, seramai 28 individu ditahan selain merampas wang tunai berjumlah RM7,951.

“Turut dirampas alat tulis, kalkulator, telefon bimbit, pencetak mudah alih dan slip pertaruhan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Dev berkata selain 4D yang menyalahi undang-undang, pihaknya turut melakukan tiga serbuan di kaunter yang menawarkan perkhidmat­an tambah nilai untuk judi siber di Mukah, Limbang dan Lawas.

Hasil operasi tersebut, tiga lelaki ditahan dan sebanyak enam unit telefon bimbit yang digunakan untuk tambah nilai dirampas.

“Kami turut merampas wang tunai berjumlah RM22,165 dalam serbuan di Mukah,” jelas Dev.

Menurut beliau, daripada 31 individu yang ditangkap, 24 orang adalah lelaki manakala tujuh lagi wanita berusia antara 17 hingga 57 tahun termasuk dua warga asing.

Kesemua yang ditangkap kini disiasat mengikut kesalahan di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

 ??  ?? SIASAT: Polis ketika menjalanka­n operasi banteras perjudian di Sarawak.
SIASAT: Polis ketika menjalanka­n operasi banteras perjudian di Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia