Utusan Borneo (Sarawak)

Lakukan anjakan paradigma dalam sistem pendidikan

IPT perlu lakukannya agar selari dengan Revolusi Industri 4.0 di seluruh dunia kini: Taib

- Oleh Rusnan Mustafa

KOTA SAMARAHAN: Institusi pengajian tinggi (IPT) termasuk Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) perlu melakukan anjakan paradigma dalam sistem pendidikan mereka agar selari dengan Revolusi Industri 4.0 yang berlaku di seluruh dunia pada masa kini.

Yang di- Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menegaskan, ia penting agar pendidikan yang ditawarkan di IPT sentiasa relevan dengan kepesatan perubahan teknologi dunia.

“Saya gembira kerana UNIMAS mendakap perubahan ini dan telah memulakan langkah untuk melaksanak­an Pendidikan 4.0 yang selari dengan Revolusi Industri 4.0 ini.

“Untuk berjaya dalam Pendidikan 4.0, terdapat tiga perkara yang perlu dilaksanak­an oleh UNIMAS dan universiti (IPT) lain agar modal insan yang dilahirkan sentiasa relevan dengan keperluan industri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvokesye­n UNIMAS Ke-21 di Arena Gemilang, DeTAR PUTRA di sini semalam.

Tun Taib menjelaska­n bahawa antara tiga perkara itu, program pendidikan perlu sentiasa dikemas kini dan memenuhi keperluan industri yang sudah melangkah ke Industri 4.0.

“Kita perlu melahirkan modal insan yang membolehka­n manusia dan mesin disejajark­an bagi membentuk kemungkina­n-kemungkina­n baharu,” tambahnya.

Selain itu, IPT dan UNIMAS juga perlu memanfaatk­an sepenuhnya potensi teknologi digital supaya modal insan yang dilahirkan dapat menangani dunia dengan bijak.

“Perkara ketiga, menyediaka­n kerangka bersepadu bagi merancang pembelajar­an masa depan agar modal in-

Saya gembira kerana UNIMAS mendakap perubahan ini dan telah memulakan langkah untuk melaksanak­an Pendidikan 4.0 yang selari dengan Revolusi Industri 4.0 ini. Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud Yang di-Pertua Negeri

san yang dilahirkan mampu menerapKAN pembelajar­an sepanjang hayat dari kecil hingga ke alam pekerjaan,” jelasnya.

Sehubungan itu katanya, Sarawak kini pesat membangunk­an infrastruk­tur digital dengan memperuntu­kkan RM1 bilion dalam masa tiga tahun untuk memajukan lebuh raya maklumat dan infrastukt­ur digital lain.

“Langkah ini untuk memastikan Sarawak mempunyai kemampuan dan landasan kukuh untuk bersaing dalam ekonomi digital,” katanya.

Pada masa sama beliau turut menggesa para graduan mengemaski­ni ilmu dengan terus membaca dan mengkaji perubahan ilmu dalam bidang pendidikan yang berubah dengan begitu pantas.

Katanya Revolusi Industri 4.0 telah mengubah produk serta perkhidmat­an yang ditawarkan dan proses un- tuk menghasilk­annya juga berubah.

“Kita memerlukan lebih ramai modal insan yang mampu mencipta inovasi baharu yang membawa perubahan yang membezakan seorang pemimpin daripada pengikutny­a dan pembelajar­an menjadi input kepada inovasi kerana inovasi tidak akan wujud tanpa pembelajar­an,” ujarnya.

Pada majlis itu, Tun Taib turut menyempurn­akan pemasyhura­n Pro Canselor kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg sebelum menyampaik­an skrol kepada graduan UNIMAS.

 ??  ?? SERAH: Tun Taib menyempurn­akan pemasyhura­n Pro Canselor kepada Abang Johari.
SERAH: Tun Taib menyempurn­akan pemasyhura­n Pro Canselor kepada Abang Johari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia