Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga beradik berjaya menamatkan pengajian sebagai graduan sarjana

-

KOTA SAMARAHAN: Tiga beradik dari Kampung Sindang Baru, di sini berjaya menamatkan pengajian sebagai graduan sarjana Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Mereka, Siti Asma’ Kram, 35, Mohd Shukri Kram, 34, dan Abu Bakar Kram, 28, berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Sarjana Sains Pembelajar­an.

“Sebenarnya yang memberi inspirasi adalah adik ipar saya yang sebelum ini berjaya menamatkan pengajian dalam bidang yang sama dan dia memperkena­lkan bidang ini kepada kami.

“Bidang Sains Pembelajar­an ini sangat bagus terutama kepada pendidik seperti kami dan selepas berbincang kami bersetuju mengambil jurusan ini bersama sehingga berjaya bergelar graduan di sini,” kata Siti Asma’ ketika ditemui selepas Majlis Konvokesye­n UNIMAS Ke-21 di Dewan Arena Gemilang DeTAR PUTRA di sini semalam.

Tambahnya, dengan mengambil bidang sama dan di uni- versiti yang sama, ia memudahkan mereka melakukan tugasan yang diberikan.

“Ia lebih seronok dan mudah kerana dapat bersaing sesama sendiri untuk memperoleh­i keputusan cemerlang sepanjang pengajian sarjana kami di UNIMAS ini,” jelasnya.

Malah, Siti Asma’ memberitah­u bahawa dia yang membesar bersama adik-adiknya di Kota Samarahan melihat sendiri perubahan UNIMAS sejak ditubuhkan di kawasan tersebut.

“Kami tidak mahu melepaskan peluang ini yang disediakan di sini untuk belajar di tanah air sendiri,” kata guru Sekolah Kebangsaan Agama Ibnu Khaldun, Kota Samarahan itu.

Manakala bapa mereka, Kram Saini berkata sebelum ini beliau juga pernah mendapatka­n pendidikan tinggi di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana di UNIMAS pada 2000 hingga 2007.

“Saya cukup bersyukur dan bangga atas pencapaian mereka kerana berjaya meneruskan legasi saya untuk melahirkan generasi berilmu yang akan berkhidmat kepada bangsa, negara dan tanah air sendiri serta menerapkan konsep belajar sepanjang hayat,” ujarnya.

Pada majlis konvokesye­n itu semalam, anak gadis dari Selangor berusia 25 tahun menjadi graduan doktor falsafah termuda pertama UNIMAS.

“Saya amat bangga atas pencapaian ini kerana saya mahu memberi sesuatu kepada keluarga saya dan membalas jasa mereka.

“Saya berterima kasih kepada UNIMAS kerana memberi saya peluang sebab saya merupakan seorang pelajar yang tidak pandai tetapi disebabkan saya kuat berusaha saya mampu mencapai apa yang saya dapat sekarang,” kata Ainaa Nadiah Abdul Halim, graduan bidang pengajian Doktor Falsafah (Kimia Organik).

Dia yang berhasrat menjadi pensyarah di universiti di negara ini kini menunggu tawaran pekerjaan untuk membantu keluargany­a.

 ??  ?? TIGA BERADIK: Siti Asma’ ditemani dua adiknya, Shukri dan Abu melihat skrol sarjana mereka bersama ibu bapa mereka.
TIGA BERADIK: Siti Asma’ ditemani dua adiknya, Shukri dan Abu melihat skrol sarjana mereka bersama ibu bapa mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia