Utusan Borneo (Sarawak)

Impian bebaskan keluarga daripada kemiskinan dorong kejayaan Tipah

-

KOTA SAMARAHAN: Impian seorang gadis Iban dari Rumah Charles Egat, Sungai Langup, Sibu yang mahu membawa keluargany­a keluar daripada belenggu kemiskinan menjadi dorongan untuknya berjaya sebagai penerima Anugerah Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Dia, Tipah Lihong berusia 22 tahun merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Pengurusan Sumber Akuatik, antara 4,120 graduan UNIMAS yang berjaya menamatkan pengajian di universiti itu pada Majlis Konvokesye­n UNIMAS Ke21 yang berlangsun­g semalam hingga Khamis ini di Dewan Arena Gemilang, DeTAR PUTRA UNIMAS.

Tipah berkata menuntut di UNIMAS menjadikan­nya seorang yang berdikari selain bijak menguruska­n kewangan dan emosi.

“Jangan malu untuk mengaku kita daripada keluarga tidak mampu, kita kena tahu situasi kita sekarang seperti saya, saya ingin menggunaka­n ilmu yang diperolehi di sini untuk saya mengeluark­an keluarga saya daripada cengkaman kemiskinan.

“Saya nampak sesetengah pelajar malu untuk mengaku mereka daripada keluarga yang susah dan ini menjadi punca mereka jatuh ke dalam kegagalan (gagal memperoleh­i keputusan cemerlang),” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui pada hari pertama Majlis Konvokesye­n UNIMAS Ke-21 yang disempurna­kan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bersama Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg di Dewan Arena Gemilang, DeTAR PUTRA di sini semalam.

“Kita kena tahu ibu bapa menghantar kita masuk ke universiti bukan hanya mahu melihat kita naik ke atas pentas mengambil skrol tetapi mereka mahu melihat kita mencapai satu kejayaan yang mereka boleh banggakan,” tambah Tipah.

Pada masa sama, kunci kejayaanny­a itu juga merupakan hasil niat ikhlasnya untuk membantu keluargany­a.

“Pertama sekali apa yang perlu dilakukan adalah semat dalam hati kita menuntut ilmu untuk kita gunakan demi keluarga bukannya untuk menunjuk- nunjuk kepada orang lain.

“Kedua adalah kita kena sedar bahawa apabila kita masuk ke universiti amanah ibu bapa yang diberikan kepada kita bukan sekecil pasir tetapi sebesar lautan, jadi jangan sia-siakan harapan mereka,” tegas anak petani dan nelayan itu.

Pada majlis konvokesye­n itu semalam, graduan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Pengurusan Sumber Haiwan Emira Izzati Abdul Aziz dan graduan Ijazah Sarjana Muda Kaunseling Tan Yao Xiong dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja.

Manakala graduan Ijazah Sarjana Muda Pembanguna­n Sumber Manusia Amirah Fadullah Suhaimy pula dinobatkan penerima Anugerah Pro Canselor.

 ??  ?? SEKALUNG TAHNIAH: Tipah (kiri) ditemani penerima anugerah lain, Tan (dua kiri), Amirah (kanan) dan Emira (dua kanan) sempat merakam detik terindah bersama Tun Taib dan Abang Johari serta tetamu kehormat lain.
SEKALUNG TAHNIAH: Tipah (kiri) ditemani penerima anugerah lain, Tan (dua kiri), Amirah (kanan) dan Emira (dua kanan) sempat merakam detik terindah bersama Tun Taib dan Abang Johari serta tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia