Utusan Borneo (Sarawak)

Jalan Kampung Asum ke Kampung Sapit dibina tidak lama lagi

-

KUCHING: Kerja pembinaan jalan akses dari Kampung Asum ke Kampung Sapit di Hulu Padawan dijangka dimulakan dalam waktu terdekat ini.

Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Dr Jerip Susil berkata bagi tujuan itu peruntukan RM10 juta telah diluluskan di bawah Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) semasa pentadbira­n bekas Ketua Menteri Pehin Sri Adenan Satem.

Manakala jalan akses dari Kampung Kakas ke Kampung Kiding sedang dibina.

“Cadangan projek jalan akses Kampung Kakas-Kiding telah diluluskan tahun lalu dan dijadual siap pada 24 Oktober 2018.

“Projek ini berongkos RM5 juta,” katanya pada Majlis Serah Surat Persetujua­n (LA) daripada Jabatan Kerja Raya ( JKR) kepada kontraktor projek Faltech Engineerin­g Sdn Bhd di Kampung Kakas dekat sini, baru-baru ini.

Dr Jerip yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong berkata, semua kampung di konstituen­sinya dijangka dihubungka­n dengan jalan raya pada penghujung tahun depan, kecuali Kampung Jabir.

Ketika ini katanya, tiga kampung dalam konstituen­sinya iaitu Kampung Kiding, Kampung Sapit dan Kampung Jabir belum lagi dihubungka­n dengan jalan berturap.

Mengulas lanjut mengenai cadangan projek akses Kampung Kakas-Kampung Kiding, Dr Jerip berkata ia melibatkan pembinaan jalan sepanjang tiga kilometer.

Kampung Kiding dan Kampung Sapit terletak kira-kira 60km dari bandar raya Kuch- ing dan mempunyai sekitar 450 penduduk.

Ketika ini satu-satunya jalan akses ke dua kampung itu ialah melalui jalan tanah merah sedia ada yang sempit dan sebahagian­nya berbatu kelikir.

Penduduk di kedua-dua kampung itu akan mengalami kesukaran melalui jalan berkenaan setiap kali musim hujan kerana permukaann­ya licin dan berbahaya.

Hadir sama Juruteran JKR Bahagian Kuching Awang Mohd Fadillah dan Pengurus Kontrak Faltech Engineerin­g Sdn Bhd Tiong Hock Ming.

 ??  ?? DITELITI: Awang Mohd Fadillah (lima kanan) menjelaska­n skop cadangan projek jalan akses Kampung Kakas-Kiding kepada Dr Jerip.
DITELITI: Awang Mohd Fadillah (lima kanan) menjelaska­n skop cadangan projek jalan akses Kampung Kakas-Kiding kepada Dr Jerip.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia