Utusan Borneo (Sarawak)

Beri perhatian keselamata­n sekolah agama dan tahfiz

Kejadian kebakaran melibatkan institusi ini diharap tidak berulang dan menjadi mimpi ngeri kepada pelajar dan ibu bapa

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Keselamata­n sekolah agama dan tahfiz perlu diberi perhatian agar kejadian kebakaran melibatkan institusi itu tidak lagi berulang dan menjadi mimpi ngeri kepada pelajar dan ibu bapa.

Setiausaha Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Miri (LAKMM) Temenggung Abdul Rahman Fadzail berkata selain itu kemudahan di institusi terbabit juga harus dibaik pulih.

Sebagai contoh, LAKMM melihat terdapat keperluan menaik taraf Sekolah Agama Rakyat Miri (SARM) Madrasah As- Syibyan yang dianggap sekolah tertua di sini.

“Kita perlu mengutamak­an keselamata­n guru dan pelajar agar kejadian kebakaran meli- batkan institusi keagamaan tidak berlaku lagi di negara ini khasnya di Sarawak,” katanya pada Majlis Perasmian Majlis Khatamal Al-Quran dan Graduasi Ke-19 SARM di sini.

Menurutnya, LAKMM berusaha menjaga kebajikan komuniti Islam di sini serta membina surau baharu di Pujut 5 dengan rekaan dan sentuhan elemen Cina.

Guru Besar SARM Mokhtar Khan berkata majlis itu memberi pengiktira­fan kepada kejayaan pelajar dalam pengetahua­n keagamaan.

“Meskipun tidak ramai pelajar mengambil ujian UPKK di SARM namun setiap tahun jumlah pelajar bertambah dengan peningkata­n keputusan cemerlang,” jelasnya.

Mokhtar berkata, sekolah itu bersama- sama Jawa- tankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (JPIBG) juga mengadakan program wakaf bagi mengumpul 100 meja untuk tiga kelas.

Katanya, orang ramai boleh menyalurka­n wakaf secara terus kepada pihak sekolah sebagai usaha memenuhi keperluan pelajar sekolah dengan kemudahan baharu.

Pada majlis itu, seramai 16 pelajar menerima sijil khatamal al-Quran, sembilan menerima sijil UPKK serta 35 orang menerima anugerah lain.

Mohd Albab Mohd Hatta dan Bibi Nurfarishy­a Abdullah Saliman pula dianugerah­kan sebagai pelajar lelaki dan perempuan terbaik SARM.

Hadir sama Penghulu Samad Alip, Penghulu Samion Gani dan Pengerusi JKIBG Azmee Abdillah.

Kita perlu mengutamak­an keselamata­n guru dan pelajar agar kejadian kebakaran melibatkan institusi keagamaan tidak berlaku lagi di negara ini khasnya di Sarawak. Temenggung Abdul Rahman Fadzail Setiausaha LAKMM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia