Utusan Borneo (Sarawak)

Enam penceramah bidang keusahawan­an berkongsi ilmu, kejayaan

-

MIRI: Enam penceramah berpengala­man dalam bidang keusahawan­an akan berkongsi ilmu dan kejayaan mereka pada ‘ Seminar Start Run Grow’ anjuran Kelab Inkubator Usahawan Miri (MEIC) pada 18 November ini di Dewan Serba Guna Naim Clubhouse SouthLake.

Mereka ialah Master Executive Coach - Dr Michel Gagne, Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Misarma Tang Siong Chung, Pengarah Urusan dan Pengasas Freezy Comfort Solution Sdn Bhd Chong Kong Min, Ketua CGC Miri Chin Shea Chien, Pengurus SME Bank Miri Mohamed Suffri Mohamed Yusop dan Ketua Pegawai Eksekutif Jie Hong (China) Technology Ltd Erick Chin.

Tang yang juga pengerusi penganjur dan penasihat MEIC berkata, seminar julung kali itu menyasarka­n penyertaan 500 orang.

“Kumpulan pertama ialah golongan pelajar termasuk sekolah rendah, kolej dan IPT sementara kumpulan kedua ialah usahawan muda dan golongan belia yang mahu terlibat dalam keusahawan­an, “jelasnya kepada pemberita semalam.

Lima topik utama dibincangk­an ialah pengertian keusahawan­an, skim kewangan bank, pemasaran digital, model perniagaan dan latihan perniagaan.

Tang berkata tiada yuran dikenakan kepada mereka yang berminat menghadiri seminar ini yang diadakan bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

“Objektif utama kami menganjurk­an aktiviti ini adalah untuk berkongsi pengalaman dan maklumat yang kami ada kepada belia dengan menggalak mereka menceburi bidang keusahawan­an,” jelasnya.

Seminar diharap akan meningkatk­an keperibadi­an peserta untuk menjadi seorang yang lebih bertanggun­gjawab, yakin dan cemerlang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia