Utusan Borneo (Sarawak)

Pertanding­an cuci tangan di Bintulu, 17 November

-

BINTULU: Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu akan menganjurk­an Pertanding­an Cuci Tangan Peringkat Bahagian Bintulu Siri 2 pada jam 2 petang 17 November ini di di bilik seminar pejabat terbabit.

Pertanding­an secara percuma itu khusus untuk kanakkanak taska, tadika, tabika dan prasekolah yang berumur empat hingga enam tahun.

Pertanding­an itu akan diadakan secara berkumpula­n dan untuk satu kumpulan akan disertai lima ahli. Pendaftara­n peserta dibuka dari 1 Oktober hingga 10 November.

Penyertaan juga terhad kepada dua kumpulan untuk setiap taska, tadika, tabika dan prasekolah dan jumlah keseluruha­n penyertaan terhad kepada 20 kumpulan sahaja.

Setiap kumpulan perlu mempersemb­ahkan kretiviti dan gaya tersendiri dalam menyampaik­an masej kempen cuci tangan. Penggunaan muzik digalakkan.

Tujuh langkah mencuci tangan wajib diikuti dan perlu ada dalam setiap persembaha­n. Semua peserta akan menerima sijil penyertaan dan pemenang pula akan menerima hadiah dan sijil pencapaian.

Kumpulan peserta yang berminat perlu mengisi borang dan borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Unit Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu, Jalan Tun Ahmad Zaidi 97000 Bintulu atau faks ke talian 086-312354 (U/P: PPKP Darinah Abu Bakar).

Tarikah tutup penyertaan ialah pada 10 November 2017.

 ??  ?? BEBAS RASUAH: Jutim (duduk, tiga kanan), Kusuadi (duduk, empat kanan) bersama yang lain melakukan simbol X sebagai tanda tidak kepada rasuah.
BEBAS RASUAH: Jutim (duduk, tiga kanan), Kusuadi (duduk, empat kanan) bersama yang lain melakukan simbol X sebagai tanda tidak kepada rasuah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia