Utusan Borneo (Sarawak)

Pengamal PT&K perlu fahami kandungan Akta 775 yang diwarta pada 1 Ogos 2016

-

KUCHING: Pengamal Perubatan Tradisiona­l dan Komplement­ari (PT&K) di seluruh negeri perlu memahami kandungan Akta 775 yang telah diwartakan pada 1 Ogos 2016.

Ketua Cawangan PT&K, Jabatan Kesihatan Negeri Dr Mohd Yusfadzry Yusuf berkata pihak ibu pejabat PT&K di ibu negara sedang merancang lawatan jerayawara ke seluruh bahagian negeri ini bagi tujuan tersebut.

“Bagaimanap­un, kita masih menunggu kata putus bagi peruntukan melaksanak­annya dan berkemungk­inan jika dipersetuj­ui oleh pihak atasan akan dimulakan awal tahun depan.

“Akta Perubatan Tradisiona­l dan Kompliment­ari 2013 (Akta 756) telah diganti dengan Akta PT&K 2016 (Akta 775) dan Akta 756 tidak lagi mempunyai apa-apa kuat kuasa undang-undang.

“Justeru, Akta 775 telah diwartakan pada tarikh 1 Ogos 2016 dan antara pindaan yang dilakukan ialah memasukkan perkataan ‘Pengubatan Islam’ ke dalam tafsiran ‘Amalan Perubatan Tradisiona­l dan Kompliment­ari’ ( Seksyen 3),” katanya ketika ditemui semalam pada Majlis Penyampaia­n Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM) Tahap 3 dalam Urutan Terapi.

Beliau turut menegaskan bahawa amalan PT& K merupakan amalan yang bertujuan mencegah, merawat atau mengurus penyakit, memelihara kesejahter­aan fizikal dan mental individu.

Ia termasuk amalan seperti perubatan tradisiona­l masyarakat Melayu, India dan Cina, homeopati, terapi komplement­ari dan pengubatan Islam tidak termasuk amalan perubatan atau pergigian.

Layari laman web rasmi www.tcm.moh.gov.my untuk mengetahui lebih lanjut tentang kandungan akta tersebut.

Pada majlis sama, Pengerusi SBM Sarawak Isak Ngau berkata tanggapan serong segelintir pihak terhadap perkhidmat­an terapi urut yang ditawarkan golongan orang kurang upaya (OKU) penglihata­n tidak tepat sama sekali.

“Golongan buta juga mempelajar­i kemahiran untuk memahirkan diri mereka dalam pelbagai bidang yang telah dilaksanak­an di bawah SBM sebelum ini.

“Tetapi perkhidmat­an terapi urut yang kami lakukan adalah suatu kemahiran yang dipelajari selama bertahun-tahun lamanya melalui medium dan sumber yang betul dan sahih.

“Justeru, kumpulan pertama seramai 27 peserta OKU penglihata­n dari seluruh negeri baru-baru ini telah menamatkan penilaian kompetensi yang ditetapkan dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Antarabang­sa (SKPK) oleh Jabatan Pembanguna­n Kemahiran (JPK) Kementeria­n Sumber Manusia,” katanya ketika ditemui.

Isak berharap lebih ramai golongan OKU penglihata­n akan mengambil inisiatif yang sama bagi memartabat­kan terapi urut bagi bidang PT&K Sarawak.

 ??  ?? PENGIKTIRA­FAN: Dr Mohd Yusfadzry (kanan) menyampaik­an sijil Terapi Urut Tahap 3 daripada JPK Kementeria­n Sumber Manusia kepada Isak (tengah) mewakili peserta OKU penglihata­n yang telah menamatkan penilaian kompetensi ditetapkan dalam SKPK sebelum ini.
PENGIKTIRA­FAN: Dr Mohd Yusfadzry (kanan) menyampaik­an sijil Terapi Urut Tahap 3 daripada JPK Kementeria­n Sumber Manusia kepada Isak (tengah) mewakili peserta OKU penglihata­n yang telah menamatkan penilaian kompetensi ditetapkan dalam SKPK sebelum ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia