Utusan Borneo (Sarawak)

69 kakitangan LKIM wilayah tengah angkat sumpah, tandatanga­ni IBR

-

SIBU: Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) kali kedua di Sarawak berlangsun­g di salah sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Seramai 69 kakitangan LKIM dari wilayah tengah Sarawak mengangkat sumpah dan menandatan­gani IBR sebagai tanda sokongan membantera­s rasuah dalam kalangan kakitangan awam.

Kakitangan terlibat adalah LKIM Mukah II iaitu seramai 36 kakitangan, Pelabuhan Ikan Tanjung Manis ( 14) dan seorang daripada Majlis Latihan Pertanian Negara (NATC) Tanjung Manis.

Majlis itu disaksikan Ketua Cawangan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sibu Jutim Nyagam mewakili Pengarah SPRM Sarawak dan Pengarah LKIM Negeri Kusuadi Sallih.

Berucap pada majlis itu, Kusuadi berkata IBR peringkat negeri untuk jabatan itu diadakan pada 5 Oktober lalu di mana 100 pegawai dan kakitangan dari Kuching dan sekitarnya turut hadir.

“Oleh itu, pada IBR hari ini saya berharap kakitangan LKIM wilayah tengah Sarawak bertindak lebih profesiona­l dalam melaksanak­an tanggungja­wab dan amanah diberikan,” katanya.

Terdahulu, ceramah antirasuah disampaika­n oleh Jutim.

Kusuadi menambah, IBR seterusnya diadakan di Miri pada Disember ini iaitu melibatkan 65 anggota LKIM wilayah utara iaitu Bintulu, Miri, Limbang dan Lawas.

Beliau juga menasihati kakitangan supaya berhati-hati apabila membuat tuntutan elaun luar mereka.

Selain itu, beliau mengingatk­an kakitangan LKIM bahawa Pengerusi LKIM Datuk Seri Irmohizan Ibrahim merupakan salah seorang anggota Jawatankua­sa Khas Rasuah SPRM.

Sementara itu, menerusi teks ucapan Ketua Pengarah LKIM Datuk M Saedon Ab Majid dibacakan oleh Kusuadi, beliau berkata salah satu formula kejayaan organisasi adalah faktor integriti.

“Sehubungan itu, program IBR dianjurkan Unit Integriti LKIM ini pastinya meningkatk­an tahap kesedaran dan menanam nilai antirasuah dalam kalangan kakitangan LKIM seterusnya meningkatk­an sistem penyampaia­n,” katanya.

Beliau menambah, pelaksanaa­n IBR adalah selaras dengan Akta SPRM 2009 bertujuan mendidik orang ramai memerangi rasuah serta mengumpul dan memelihara sokongan rakyat memerangi rasuah.

Hadir sama Pegawai LKIM Mukah Wilayah II Mastam Nodo, Pegawai LKIM Betong Wilayah IV Abang Sapri Bawi, Pegawai Ekonomi Unit Intergriti Rubaizah Mohamad Fashol, Pengurus Pelabuhan Perikanan LKIM Ridzuan Salleh dan Pegawai Ekonomi NATC Tanjung Manis Marzuki Juli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia