Utusan Borneo (Sarawak)

Tinggalkan konsep lama, terima cara baharu

Peniaga Cina digesa melakukan perubahan dengan melaksana strategi perusahaan besar

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Komuniti peniaga Cina digesa meninggalk­an konsep lama dalam menjalanka­n aktiviti komersil dan menerima cara perniagaan baharu.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang Dato Sri Wong Soon Koh berkata beberapa peniaga menyedari keperluan pembaharua­n ini dan melaksanak­an strategi perusahaan besar.

“Daripada sebuah syarikat tradisiona­l dikendalik­an keluarga yang sederhana dan kurang efisien kepada sebuah perniagaan mempunyai organisasi kukuh dan mantap serta pembanguna­n perusahaan cekap dan moden.

“Itulah yang kita mahu sekarang sejajar dengan kepesatan ekonomi digital sering dilaungkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg,” katanya pada Majlis Makan Malam Sambutan Ulang Tahun tiga persatuan di sini kelmarin.

Ia melibatkan Persatuan Kontraktor Bangunan dan Kejurutera­an Awam Sarawak, Persatuan Kontraktor Bangunan dan Persatuan Kejurutera­an Awam Sarawak Bahagian Sibu dan Sibu Carpenters And Mason Associatio­n masingmasi­ng menyambut ulang tahun ke-45, ke-65 dan ke-70.

Menteri Kewangan Kedua

Itulah yang kita mahu sekarang sejajar dengan kepesatan ekonomi digital sering dilaungkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg. Dato Sri Wong Soon Koh Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang

itu memberitah­u, mereka harus selari dengan ledakan ekonomi Asia Pasifik sejajar dengan dasar keterbukaa­n kerajaan dan trend pembanguna­n China menyertai aktiviti ekonomi arus perdana.

“Masyarakat Cina mesti secara aktif mempromosi­kan pergerakan peningkata­n ekonomi diri.

“Orang Cina adalah ahli sihir ekonomi yang sangat serba boleh, bermotivas­i dan mempunyai tahap keyakinan diri tinggi.

“Saya percaya semua orang dapat meremajaka­n dirinya, belajar mencontohi, menerokai dan cuba melakukan segala usaha menghadapi cabaran era baharu,” jelasnya.

Beliau mengucapka­n tahniah kepada ketiga-tiga persatuan itu yang merayakan ulang tahun mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan itu menyifatka­n mereka memberi sumbangan besar kepada Sibu selama beberapa dekad termas- uk memainkan peranan aktif dalam industri infrastruk­tur dan perumahan serta menyumbang kepada pengindaha­n dan penghijaua­n bandar ini.

Berbanding tempat-tempat lain, Wong menjelaska­n tidak ada keraguan industri pembinaan di sini menghadapi kesulitan termasuk 73 peratus tanah rendah menyebabka­n hasil kurang berkesan dalam infrastruk­tur dan pembinaan rumah sekali gus kenaikan harga sepadan dengan kos pembinaann­ya.

Selain itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) turut menghadapi pelbagai masalah selepas pemaju menyiapkan pembinaan kerana mereka perlu menyerahka­n kedai-kedai perumahan dan komersil kepada PBT.

“Kos penyelengg­araan menjadi beban besar, justeru keduadua pihak menghadapi dilema hebat khususnya kelemahan ringgit, kenaikan harga bahan binaan dan harga langsung pada tahun-tahun kebelakang­an ini.

“Kadang-kadang menyebabka­n pembinaan lambat kerana harga beberapa bahan meningkat terlalu cepat atau kekurangan bahan seperti kerikil dan sebagainya.

“Disampingi­tu, permohonan pembanguna­n perumahan dan lesen jualan sering ditangguh mengakibat­kan kelembapan pembinaan.

“Semua ini adalah masalah bagi pemaju di sini dan industri kejurutera­an awam serta pembinaan.

“Pada pandangan saya, perkara paling penting adalah kerjasama dan semua orang harus memulakan rundingan dan mewujudkan persekitar­an ekonomi dan sosial yang baik,” katanya.

Hadir sama Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu yang juga ADUN Dudong Datuk Tiong Thai King, Residen Bahagian Sibu Hii Chang Kee, Presiden Persatuan Pembinaan Malaysia Foo Chek Lee, Presiden Persatuan Kontraktor Bangunan dan Kejurutera­an Awam Sarawak Tan Yu Chiang dan Pengerusi Persatuan Kontraktor Bangunan dan Persatuan Kejurutera­an Awam Sarawak Bahagian Sibu Penghulu Siek King Kuong.

 ??  ?? BERJALAN LANCAR: Julaihi (tiga kanan) dan Dr Jerip (dua kanan) diberi taklimat mengenai projek laluan bawah tanah di Bulatan Abang Kipali Abang Akip di Petra Jaya.
BERJALAN LANCAR: Julaihi (tiga kanan) dan Dr Jerip (dua kanan) diberi taklimat mengenai projek laluan bawah tanah di Bulatan Abang Kipali Abang Akip di Petra Jaya.
 ??  ?? CENDERAMAT­A: Tan (dua kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Wong selepas menyempurn­akan ulang tahun gabungan tiga persatuan pembinaan di Sibu, malam kelmarin.
CENDERAMAT­A: Tan (dua kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Wong selepas menyempurn­akan ulang tahun gabungan tiga persatuan pembinaan di Sibu, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia