Utusan Borneo (Sarawak)

16 sekolah terima baucar bantuan pakaian seragam

-

MIRI: Sebanyak 16 sekolah di konstituen­si Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau menerima baucar Bantuan Pakaian Seragam Yayasan Sarawak semalam.

ADUN Piasau Datuk Sebastian Ting berkata penerima baucar itu terdiri daripada pelajar berdaftar dengan eKasih dan menerima sebanyak RM200 seorang.

“Kerajaan menyediaka­n peruntukan sejumlah RM4 juta bagi membantu pelajar kurang berkemampu­an untuk memastikan kumpulan sasar meneruskan persekolah­an,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, bantuan itu dapat mengurangk­an beban pelajar terbabit membeli pakaian seragam sekolah, buku atau peralatan persekolah­an.

“Kerajaan menyalurka­n peruntukan ini kerana prihatin dengan nasib pelajar yang serba kekurangan dan miskin yang perlu diberi bantuan.

“Kita juga tidak mahu mendengar atau melihat pelajar ini tidak dapat meneruskan persekolah­an hanya disebabkan tiada wang,” jelasnya.

Sebastian berkata, dengan pelbagai bantuan disediakan kerajaan negeri maka tiada alasan kepada pelajar terbabit tidak ke sekolah.

“Peluang sentiasa disediakan kerajaan negeri, jika akademik tidak memuaskan mereka boleh menceburi atau menerokai kemahiran dan teknikal,” katanya.

Wakil Pengarah Yayasan Sarawak Ismallia Bohari berkata seramai 1,207 pelajar dari tujuh kawasan DUN termasuk Piasau menerima baucar tersebut.

Pelajar-pelajar menerima baucar itu adalah dari DUN Senadin, Pujut, Piasau, Lambir, Bekenu, Telang Usan dan Marudi.

“Baucar inu boleh digunakan sehingga penghujung November ini sebagai persiapan pelajar membeli peralatan dan pakaian sekolah,” katanya.

 ??  ?? TERIMA BAUCAR: Sebastian (baju kuning) menyampaik­an replika baucar bantuan pakaian seragam kepada pengetua dan guru besar di DUN Piasau.
TERIMA BAUCAR: Sebastian (baju kuning) menyampaik­an replika baucar bantuan pakaian seragam kepada pengetua dan guru besar di DUN Piasau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia