Utusan Borneo (Sarawak)

Laluan bawah tanah Bulatan Abang Kipali, Jambatan Bako siap 2018

-

KUCHING: Dua projek di bawah kerajaan negeri di sini iaitu laluan bawah tanah di Bulatan Abang Kipali Abang Akip dan Jambatan Bako berjalan lancar dan dijangka siap pada awal tahun depan.

Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi berkata kementeria­nnya gembira dengan tahap pelaksanaa­n kedua-dua projek berkenaan yang berjalan dengan baik dan komitmen tinggi kontraktor untuk menyiapkan projekproj­ek tersebut.

“Mereka ( kontraktor) menyasarka­n untuk menyiapkan projek masing-masing lebih awal daripada tarikh yang dijadualka­n,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke tapak projek laluan bawah tanah di Bulatan Abang Kipali Abang Akip di Petra Jaya dekat sini, semalam.

Menurut Julaihi, projek laluan bawah tanah di Bulatan Abang Kipali Abang Akip yang bernilai RM67 juta adalah dibiayai kerajaan negeri, yang pembinaann­ya dimulakan pada November 2015 dan dijadual siap pada 19 Januari 2018.

Katanya setakat ini kemajuan fizikal projek tersebut adalah kira-kira 83 peratus siap di mana setelah siap, ia dijangka dapat menyelesai­kan masalah kesesakan lalu lintas di Petra Jaya.

Mengenai Jambatan Bako, Julaihi berkata projek bernilai RM42 juta itu dijadual siap pada Mac 2018, yang merupakan sebahagian daripada perhubunga­n pesisir.

“Perhubunga­n adalah antara keutamaan kerajaan negeri untuk memastikan semua penduduk yang tinggal di kawasan pesisir pantai dan pedalaman dihubungka­n sepenuhnya,” katanya.

Tambah beliau, jambatan tersebut dijangka akan memberi manfaat kepada kira-kira 3,000 penduduk daripada 500 keluarga di Kampung Bako.

Hadir sama Menteri Muda Pengangkut­an Datuk Dr Jerip Susil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia