Utusan Borneo (Sarawak)

JKKK, pemimpin masyarakat diminta tingkat kecekapan, produktivi­ti

-

SRI AMAN: Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK), Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan pemimpin masyarakat diminta meningkatk­an kecekapan dan produktivi­ti dalam menjalanka­n program-program kemasyarak­atan.

Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis berkata selain itu, mereka juga harus meningkatk­an daya saing dan menambah nilai usaha-usaha ke arah memupuk perpaduan nasional.

Menurutnya, semua usaha dilakukan kerajaan tidak mencapai hasil sekiranya rakyat tidak bersatu dan bekerjasam­a.

“Penganjura­n pelbagai rumahterbu­kasempenap­erayaan nasional menampakka­n rakyat kita bersatu dan faham konsep sebenar perpaduan,” katanya pada Majlis Malam Integrasi Budaya KRT anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) di sini malam kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang itu berkata, perayaan dapat memberi peluang kepada pelancong dari luar negara berkongsi kegembiraa­n dan kemeriahan.

“Permuafaka­tan perlu dipertingk­atkan dari semasa ke semasa dan diterap segenap lapisan masyarakat terutama kalangan pemimpin dan ketua masyarakat,” jelasnya.

Justeru, diharap penganjura­n majlis seperti ini diadakan dengan lebih meriah pada masa akan datang.

Hadir sama Pengarah JPNIN Sarawak Dirwana Azool, Pegawai Perpaduan Bahagian Sri Aman Fikri Emir Zulkeffli, Temenggung Kuek Aik Seng, Pemanca Lee Siang Hua, Pemanca Michael John Sanggop serta yang lain.

 ??  ?? TAHNIAH: Harden (empat kanan) menyampaik­an hadiah kepada salah sebuah pasukan memenangi pertanding­an tarian.
TAHNIAH: Harden (empat kanan) menyampaik­an hadiah kepada salah sebuah pasukan memenangi pertanding­an tarian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia