Utusan Borneo (Sarawak)

Segera mohon sijil lahir, kad pengenalan

Tanpa dokumen ini, taraf kerakyatan seseorang boleh dipertikai, tidak layak terima bantuan

- Oleh Frankie Junau

LUBUK ANTU: Warganegar­a Malaysia yang belum mempunyai sijil kerakyatan diperakui menerusi sijil lahir dan kad pengenalan perlu segera memohon dokumen itu dengan Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN).

Ahli Parlimen Lubok Antu Datuk William Nyalau Badak berkata, tanpa dokumen penting itu bermakna taraf kerakyatan seseorang boleh dipertikai­kan dan tidak layak menerima sebarang bantuan daripada kerajaan yang memerintah.

“Maka itu, saya menyaranka­n kepada semua (penduduk) khususnya di konstituen­si Lubok Antu yang terdiri daripada DUN Engkilili dan Batang Ai agar segera memohon mendapatka­n sijil lahir sebelum disusuli kad pengenalan,” katannya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Program Outreach Jabatan Pendaftara­n Negara Bersama Mahkamah di DUN Batang Ai iaitu di Dewan Sukan Lubok Antu dari 4 hingga 6 November di sini.

Sehubungan itu, Nyalau mahu setiap lapisan masyarakat di bawah Parlimen Lubok Antu mempunyai kad perakuan sebagai warganegar­a Malaysia kerana ia hak yang termaktub dalam Perlembaga­an Malaysia yang mengiktira­f semua anak yang lahir di negeri ini merupakan warganegar­a.

“Maka itu, hari ini saya cukup berbesar hati dengan usaha yang dipelopori JPN dan mahkamah dapat mengadakan program bergerak mendaftark­an penduduk khususnya di Batang Ai yang belum mempunyai sijil perakuan diri,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa penduduk Batang Ai dan Engkilili agar merebut program itu kerana ia ibarat JPN datang ke rumah pemohon berbanding memohon datang sendiri ke bandar besar.

“Jika peluang seperti ini gagal dimanfaatk­an bermakna pemohon tidak prihatin kepada masa depan sendiri kerana tanpa dokumen pengenalan diri sah anda tidak diiktiraf sebagai warganegar­a Malaysia dan dinafikan untuk mendapatka­n sebarang bantuan, khidmat dan manfaat yang selayaknya diterima sebagai rakyat Malaysia,” ujarnya.

“Bagi generasi muda, anda tidak akan ke mana-mana sebaliknya terperuk di kampung kerana untuk ke bandar dan mencari kehidupan lebih sempurna memerlukan sekurang- kurangnya kad pengenalan dan sijil lahir,” katanya sambil menambah, seseorang itu umpama pelarian di bumi sendiri kerana takut ditangkap pihak berkuasa.

Bercakap lanjut, Nyalau menyampaik­an penghargaa­n kepada pihak pengurusan JPN bahagian dan Negeri serta pihak mahkamah kerana meluangkan masa menganjurk­an program Outreach JPN yang memilih DUN Batang Ai untuk program kemasyarak­atan mereka.

Terdahulu, program berkenaan menerima lebih 100 permohonan baharu untuk mendapatka­n kad pengenalan dan sijil lahir.

Pada majlis tersebut, pe- mohon perlu mendapatka­n pengesahan daripada penghulu dan tuai rumah atau ketua kaum sebelum borang pemohonan pemohon diproses seterusnya mendapat kad perakuan diri iaitu sijil lahir dan kad pengenalan.

Hadir sama ke program perasmian tersebut ialah Pegawai Tadbir (SAO) Brain Munsang, wakil pengarah JPN Sylvester Tausin, penghulu, kaunselor, kapitan, tuai rumah serta pemohon dari sekitar DUN Batang Ai.

 ??  ?? REBUT PELUANG: Nyalau bersama Brain (kiri), Slyvester serta hadirin pada perasmian Program Outreach JPN Bersama Mahkamah di Dewan Sukan Lubok Antu, di Lubok Antu semalam.
REBUT PELUANG: Nyalau bersama Brain (kiri), Slyvester serta hadirin pada perasmian Program Outreach JPN Bersama Mahkamah di Dewan Sukan Lubok Antu, di Lubok Antu semalam.
 ??  ?? TAHNIAH: Penerima biasiswa menunjukka­n surat tawaran biasiswa yang diterima semalam.
TAHNIAH: Penerima biasiswa menunjukka­n surat tawaran biasiswa yang diterima semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia