Utusan Borneo (Sarawak)

LHDN adakan Seminar Percukaian Kebangsaan 2017 pada 16 November

-

KUCHING: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan mengadakan Seminar Percukaian Kebangsaan (SPK) 2017 pada 16 November di Hotel Pullman di sini, dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

Tujuan penganjura­n seminar itu ialah untuk memberi para peserta maklumat terkini dan pemahaman yang lebih jelas berkaitan sebarang pindaan dalam Akta Cukai Pendapatan 1967 serta aktaakta berkaitan yang akan dibentangk­an pada Bajet 2018.

Para penceramah yang akan hadir terdiri daripada pegawai-pegawai kanan yang berpengala­man di LHDN.

Selain akan berkongsi dengan para peserta mengenai Cadangan Bajet 2018, seminar itu turut membincang­kan topik ‘Tax Compliance : The Way Forward’.

Semua pengamal cukai, perunding cukai, ejen cukai, akauntan, juruaudit, perancang kewangan, peguam bela dan peguam cara, pengarah syarikat, setiausaha syarikat, pensyarah, ahli akademik dan individu yang berminat sangat dialu-alukan menghadiri seminar ini.

Yuran penyertaan adalah sebanyak RM350 seorang ( termasuk enam peratus GST).

Tempat adalah terhad, justeru peserta yang berminat digalak mendaftar dengan segera.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pegawai-pegawai iaitu Jenny Kuan di talian 082223400 sambungan 182082, Dayang Hamisah Abang Halil ( 082- 223400 sambungan 182178) dan Shahminan Ahmad (082-223400 sambungan 182000).

Layari portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my untuk keterangan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia