Utusan Borneo (Sarawak)

UPP Pujut cadang penubuhan konsortium transforma­si perkhidmat­an bas awam Miri

-

MIRI: Parti Rakyat Bersatu (UPP) Pujut mencadangk­an agar konsortium atau pakatan antara syarikat bas awam di Miri ditubuhkan untuk mentransfo­rmasikan perkhidmat­an bas awam di sini yang semakin malap.

Pengerusin­ya Bruce Chai berkata kerjasama kerajaan negeri diperlukan untuk merealisas­i dan mempercepa­tkan penubuhan konsortium itu selain mendapatka­n dana untuk menambah baik perkhidmat­an.

“Hanya dua syarikat bas aktif di sini. Penglibata­n kerajaan negeri dalam penubuhan konsortium itu membolehka­n syarikat terlibat dalam program SBST di bawah kerajaan pusat,” katanya di sini semalam.

SBST atau Program Transforma­si Perkhidmat­an Bas Henti-Henti dilaksanak­an pada 2015 untuk menangani masalah dihadapi industri bas henti-henti.

Di bawah program ini, kerajaan persekutua­n melabur RM100 juta untuk bandarband­ar tertentu seperti Kangar, Seremban, Ipoh dan Kuala Terengganu untuk meningkatk­an mobiliti serta akses rakyat di mana bas henti-henti masih kekal sebagai tunjang pengangkut­an awam.

Ia merupakan konsep baharu bas henti-henti berasaskan konsep `networking planning’ diperkenal­kan Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD).

Kuching juga merupakan antara lima ibu negeri dipilih untuk perkhidmat­an lebih cekap dan boleh dipercayai.

“Program SBST dilihat dapat menyuntik dana kerajaan menghidupk­an sistem pengangkut­an awam kita.

Ini kerana Miri semakin membangun dan kita memerlukan bas awam lebih selesa dilengkapi ciri-ciri keselamata­n CCTV, WiFi percuma, sistem bayaran tanpa tunai (cashless),” jelasnya tentang Harapan Miri oleh UPP Pujut.

Selain itu, kerjasama penggiat industri pelanconga­n juga penting untuk mengenal pasti laluan-laluan mempromosi­kan destinasi kunjungan menarik di sini.

Mengulas lanjut tentang industri pelanconga­n Miri, Bruce berkata jaringan pengangkut­an dan perhubunga­n dari darat dan udara perlu dititikber­atkan.

Kerja-kerja menaik taraf Lapangan Terbang Miri dan Pusat Imigresen di Sungai Tujuh Kuala Baram perlu dipercepat­kan.

“Majlis Bandaraya Miri, Lembaga Pelanconga­n, pemain-pemain industri, badan majlis perniagaan perlu terlibat dan dimaklumka­n tentang pelan naik taraf ini agar mereka diberi peluang memberi input.

Pelaksanaa­n infrastruk­tur keperluan segera perlu menjadi fokus utama kepada pembanguna­n,“jelasnya.

Mengenai isu kesihatan, Bruce menyifatka­n kerja-kerja menaik taraf Hospital Miri masih lambat dan menjadi kebimbanga­n penduduk.

Ini kerana Hospital Miri bukan sahaja untuk keperluan pesakit di Miri tetapi berkhidmat untuk pesakit dari seluruh kawasan utara Sarawak.

“Kita tahu membina infrastruk­tur kesihatan awam tidak mengambil masa singkat, tetapi memerlukan perancanga­n, peruntukan bajet dan perundinga­n profesiona­l,” ujarnya.

Mengulas tentang pembanguna­n Miri sebagai bandar raya hijau, usaha menukar wajah dan mencantikk­an taman awam sedia ada harus dilaksanak­an agar terus dikunjungi dan dimanfaatk­an oleh penduduk.

 ??  ?? HARAPAN MIRI: Bruce (berdiri) bersama Pasukan Tindakan Bergerak (MAT) selepas menerangka­n tentang Harapan Miri UPP Pujut.
HARAPAN MIRI: Bruce (berdiri) bersama Pasukan Tindakan Bergerak (MAT) selepas menerangka­n tentang Harapan Miri UPP Pujut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia