Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar i-CATS menganjurk­an pameran seni kulinari

-

KUCHING: Pelajar semester empat Diploma Seni Kulinari di Kolej Antarabang­sa Teknologi Lanjutan Sarawak (i-CATS) baru-baru ini menganjurk­an pameran seni kulinari bertemakan ‘Farm-to-Table Dining Experience’ di Restoran Lab di i-CATS Kampus Barat, Jalan Stampin Timur, di sini.

Sebagai sebahagian daripada proses perancanga­n, para pelajar membuat menu yang terdiri daripada hidangan pembuka (waldorf salad), sup (chowder corn), entrée (chicken kiev served with honey roasted carrots and duchess potatoes), pencuci mulut ( Chocolate Brownies Parfait with Salted Caramel Sauce) bersama minuman istimewa Blackcurra­nt Apple Mocktail.

Antara tetamu kehormat ialah Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong, Pengerusi Pusat Pembanguna­n Kemahiran Sarawak (PPKS) merangkap Presiden i-CATS Sri Datuk Amar Abdul Aziz Datuk Husain.

Turut hadir, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Datu Sudarsono Osman, Pengarah Eksekutif PPKS Hallman Sabri dan Ketua Pegawai Eksekutif i- CATS Mohamad Isham Fauzi.

Mohamad Isham dalam satu kenyataan berkata, para pelajar cepat menghargai tugas meluas profesiona­l masakan, yang bukan sekadar tampil dengan pelbagai hidangan masakan.

Beliau menambah untuk berjaya, seseorang perlu mempunyai gabungan harmoni kemahiran kulinari dan perniagaan, semangat kreatif dan pengetahua­n nutrisi.

Chef Marry Tracy, salah seorang chef Pensyarah i-CATS, dan mentor acara, menekankan acara jamuan tengah hari itu, komponen penting bagi subjek operasi makanan dan minuman, merupakan langkah penting bagi menyediaka­n pelajar untuk pelbagai rangkaian kerjaya di hotel, pusat peranginan, tempat makan mewah dan lain-lain.

Beliau turut memberitah­u, para pelajar juga berasa bangga dalam mentransfo­rmasi bahan masakan yang biasa kepada hidangan makanan lazat.

Untuk keterangan lanjut mengenai program Diploma Seni Kulinari, orang ramai dipelawa melawat iCATS Kampus Barat di Jalan Stampin Timur atau hubungi 082-570888/451533.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia