Utusan Borneo (Sarawak)

SK Dua Sungai, SMK Bandar Sibu menang Anugerah Khas Bintang SERASI

-

KUCHING: Sekolah Kebangsaan (SK) Dua Sungai, Mukah dan Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Bandar Sibu, Sibu memenangi Anugerah Khas Bintang SERASI ( Sekolah Rakan Alam Sekitar) 2016/2017.

Anugerah disampaika­n Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg pada Majlis Penyampaia­n Anugerah SERASI 2016/2017 Peringkat Negeri Sarawak di salah sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Kedua- dua sekolah tersebut masing- masing menerima sebuah piala pusingan, sijil dan wang tunai RM5,000.

Manakala Anugerah SERASI pula dimenangi SJK Chung Hua Pujut, Miri dan SMK St Anthony, Sarikei dengan masing-masing menerima sebuah piala, sijil dan wang tunai RM4,000.

Selain dua anugerah di atas, majlis semalam turut menyaksika­n penyampaia­n anugerah bagi kategori Komponen Pengurusan Alam Sekitar Terbaik yang masing-masing dimenangi SK Long Sepiling, Baram dan SMK Pending, Kuching.

Kategori Anugerah Komponen Kegiatan Kesedaran Alam Sekitar Terbaik pula dimenangi SJK (C) Chung Hua Miri dan SMK St. Patrick Mukah manakala Komponen Penghijaua­n Sekolah Terbaik dimenangi SJK (C) Min Daik, Bintangor dan SMK St Joseph, Kuching.

Anugerah Komponen Kebersihan dan Keindahan Persekitar­an Terbaik pula dimenangi SJK ( C) Chung Hua Simanggang, Sri Aman dan SMK St Columba, Miri.

Pada majlis itu, Awang Tengah turut menyampaik­an pengiktira­fan khas kepada SJK (C) Tung Hua, Sibu yang dipilih sebagai Sekolah Contoh Anugerah SERASI.

Manakala dua guru iaitu Hartini Kipli (SK Dua Sungai, Mukah) dan Linda Yip Soon Liang (SMK Sacred Heart, Sibu) masing-masing menerima Anugerah Guru SERASI bagi sekolah rendah dan menengah.

Turut disampaika­n hadiah kepada pemenang yang mereka cipta logo SERASI iaitu Mohd Yusuf Abdul Ghani.

Dalam pada itu, Anugerah SERASI adalah terbuka kepada semua sekolah rendah dan menengah sama ada kerajaan atau bantuan termasuk sekolah agama, sekolah berasrama penuh mahupun Maktab Rendah Sains MARA di Sarawak.

Tujuannya adalah untuk mengiktira­f dan menghargai usaha berterusan yang dilak- sanakan pihak sekolah dalam pendidikan dan penjagaan alam sekitar.

Turut hadir Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Lalif Salleh, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Dr Wan Lizozman Wan Omar, Kontroler Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Peter Sawal dan Pengurus Besar Shell MDS Sdn Bhd Tom Wong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia