Utusan Borneo (Sarawak)

Guna pengetahua­n, kemahiran jana pendapatan

Peserta Kursus Membakar dan Menghias Kek boleh terima tempahan kek musim perayaan

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Peserta Kursus Membakar dan Menghias Kek digesa menggunaka­n pengetahua­n dan kemahiran mereka untuk menjana pendapatan tambahan bagi meningkatk­an pendapatan keluarga.

Fasilitato­r kursus, Rohani Rajunie daripada Mama Bakery berkata hasil pendapatan jualan kek mereka boleh menampung kos keperluan keluarga ketika masa memerlukan.

“Oleh itu, seni membuat kek ini tidak seharusnya dianggap sebagai menambah ilmu pengetahua­n dan kemahiran dalam membuat kek semata-mata.

“Sebaliknya, kita harus

Oleh itu, seni membuat kek ini tidak seharusnya dianggap sebagai menambah ilmu pengetahua­n dan kemahiran dalam membuat kek semata-mata. Rohani Rajunie Fasilitato­r kursus

memaksimum­kan penggunaan ilmu dan kemahiran dipelajari untuk membuat kek berkualiti dan enak, supaya dapat dijual kepada orang ramai,” katanya.

Rohani berkata peserta boleh menjana pendapatan dengan menerima tempahan kek musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Gawai Dayak, Tahun Baharu Cina, majlis perkahwina­n, ulang tahun, majlis hari lahir dan sebagainya.

Kursus itu dihadiri 16 peserta kebanyakan­nya terdiri daripada suri rumah dari Bintulu dan Sibu.

“Kursus seperti ini benarbenar membantu wanita tempatan terutama suri rumah untuk mempelajar­i seni membakar dan menghias kek.

“Ilmu dan kemahiran mereka perolehi membuka ilham mereka menghasilk­an pelbagai jenis kek dengan kreativiti masing- masing sekali gus membuka pintu rezeki mereka,” katanya.

Kursus kulinari dianjurkan Mama Bakery itu untuk berkongsi dan menyebarka­n pengetahua­n membuat roti dan menghias kek terutama wanita dan lelaki mempunyai minat dalam bidang ini.

“Kami mahu melihat teru- tama wanita dapat mempelajar­i pengetahua­n berharga ini yang mereka boleh guna untuk menjana pendapatan,” katanya.

 ??  ?? KURSUS: Rohani (enam kiri) menyampaik­an sijil penyertaan kepada peserta Kursus Membakar dan Menghias Kek di Bintulu.
KURSUS: Rohani (enam kiri) menyampaik­an sijil penyertaan kepada peserta Kursus Membakar dan Menghias Kek di Bintulu.
 ??  ?? TAHNIAH: Khamsiah (empat kanan), (dari kiri) Nazarul, Farhan dan Rais bersama dua pelajar khatam termuda dan ibu bapa mereka.
TAHNIAH: Khamsiah (empat kanan), (dari kiri) Nazarul, Farhan dan Rais bersama dua pelajar khatam termuda dan ibu bapa mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia