Utusan Borneo (Sarawak)

Gesaan siasatan terhadap keputusan ‘tidak ada kes’ pembalakan haram disokong

-

KUCHING: Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Baru Bian menyokong gesaan Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Hamzah untuk mengadakan siasatan menyeluruh terhadap keputusan ‘ tidak ada kes’ pembalakan haram di Bintulu baru-baru ini.

Kenyataan yang sama turut disokong Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang mahukan jawatankua­sa penyiasata­n melakukan siasatan terperinci mengenainy­a.

“Bukan sahaja menteri yang merasakan ada sesuatu yang pelik berlaku malahan banyak orang yang tahu telah berkata sesuatu telah berlaku dalam Jabatan Hutan selama bertahun-tahun.

“Dahulubeka­sKetuaMent­eri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem bahawa berlakunya korupsi yang sangat buruk dilakukan oleh pihak pegawai penguat kuasa dan memberi amaran bahawa tidak ada tolak ansur bagi mereka yang bekerja dengan mata tetapi buta, dengan telinga tetapi pekak dan ada mulut tetapi bodoh,” memetik kenyataann­ya dahulu. Selain memanggil SPRM untuk menjalanka­n siasatan, saya turut berharap agar ahli ‘jawatankua­sa siasatan’ ini memperkena­lkan diri mereka dan mendedahka­n penemuan mereka.

Harus ada sebab yang kukuh di sebalik keputusan mereka, jika tidak, orang ramai tidak boleh dipersalah­kan kerana mencurigai tindakan mereka.

Laporan muka depan di sebuah akhbar pada 27 Oktober lalu mendedahka­n angka kes pembalakan haram atau serbuan, jumlah kayu balak yang ditahan, jentera yang dirampas dan suspek yang telah ditangkap.

Bagaimanap­un, tiada maklumat mengenai pendakwaan dikenakan kepada mereka.

“Malah artikel itu menunjukka­n bahawa tiada penjelasan yang pernah diberikan kepada orang awam apabila balak dan mesin dikembalik­an kepada syarikat-syarikat yang telah diserbu.

“Saya memetik lagi kenyataan bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Adenan: ‘Saya mengesyaki beberapa anggota penguatkua­saan terlibat dengan pengendali pembalakan haram kerana setiap agensi penguat kuasa menyerbu tapak pembalakan haram, hanya balak dan jentera yang disita sementara pelaku telah melarikan diri”, katanya.

Jabatan Hutan pasti mem- punyai statistik pendakwaan dan kadar kejayaan yang dapat didedahkan kepada orang ramai.

Di Lawas, terdapat laporan mengenai kes sedemikian sejak dua tahun lalu di tempat- tempat seperti Sungai Betanung Batang Trusan, Long Ugui, Jalan Sungai Awat Awat dan bulan lepas, di Long Sukang, Lawas Water Catchment dan Long Trusan.

Apakah tindakan yang telah diambil atau akan diambil terhadap pesalah dalam kes ini? “Saya berharap kerajaan di bawah Ketua Menteri kita sekarang akan meneruskan pendirian seperti mantan Ketua Menteri terdahulu, terhadap pembalakan haram.

“Orang mahu melihat hasil dalam bentuk pendakwaan dan bukannya keputusan ‘no case’ oleh jawatankua­sa yang tidak diketahui,” tegasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia