Utusan Borneo (Sarawak)

ALC Sibu berjaya mencapai sasaran lebih 300 pelajar

-

SIBU: Sejak ditubuhkan pada 2013, Pusat Pengajaran dan Pembelajar­an Al-Quran Teknik Al-Baghdadi (ALC) Sibu berjaya mencapai sasaran mempunyai 300 pelajar menjelang 2017.

Pengurus/Perunding ALC Sibu Ummi Nur Asiah Khamsiah Yacob berkata mereka juga berjaya membuka empat cawangan dalam tempoh lima tahun dan terbaharu Akademi Syuhada yang dilancarka­n kelmarin.

“Pada awal pembukaan pusat ini, kami bermula dengan 20 pelajar sahaja dan jumlah itu terus meningkat sehingga 2016 sebelum mengalami sedikit penurunan pada 2017.

“Daripada empat pusat ini, jumlah pelajar mencecah lebih 300 orang dan mencapai sasaran termasuk KPI (Petunjuk Prestasi Utama) dengan cemerlang,” katanya pada Majlis Khatamal Al-Quran dan Konvokesye­n Ke-5 di sini kelmarin.

Khamsiah turut merakam setinggi-tinggi penghargaa­n kepada ibu bapa dan penyumbang mereka yang sentiasa menyokong ALC untuk terus memartabat­kan pendidikan al-Quran di sini.

Seramai 30 pelajar khatamal al-Quran dan 53 penerima Sijil Tamat Asas Tamhid daripada empat pusat ALC iaitu Ummi Nur Asiah Taman Indah Sibu, Ummi Nur Asiah Sibu Jaya, Ummi Nur Asiah Pondok Amal Kampung Hilir dan Akademi Syuhada diraikan pada majlis tersebut.

Hadir merasmikan dan menyampaik­an sijil kepada pelajar ialah Ketua Pegawai Operasi Yayasan Al-Baghdadi Farhan Alias.

Turut hadir Ketua Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu selaku wakil ibu bapa pelajar Al-Baghdadi, Dr Muhamad Rais Abdullah dan Penolong Pentadbir Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Sibu Wan Nazarul Latif.

Sementara itu, Farhan berterima kasih kepada ibu bapa kerana memilih Pusat Al-Baghdadi untuk mendidik anak mereka mendalami ilmu al-Quran.

Menurutnya, selain Semenanjun­g Malaysia dan Sarawak Pusat Al-Baghdadi juga dibuka di luar negara seperti New Zealand, Australia, Brunei, Indonesia dan Singapura.

“Penubuhan Pusat AlBaghdadi untuk membawa pendidikan al-Quran kepada masyarakat terutama kanakkanak.

“Malah, operasi kami juga tertumpu kepada anak-anak yatim dan saudara baharu dengan memberi kursus al-Quran secara percuma,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia