Utusan Borneo (Sarawak)

PKR Baram sokong perhimpuna­n aman desak kerajaan iktiraf NCR

-

MIRI: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Baram, semalam menyuaraka­n sokongan padu terhadap gerakan dan perhimpuna­n aman rakyat untuk mendesak kerajaan agar mengiktira­f tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

Ketua PKR Cabang Baram Roland Engan berkata, sebagai sebuah parti berteras keadilan dan perubahan, PKR Cabang Baram menyokong penuh gerakan rakyat mendesak kerajaan memberi pengiktira­fan ke atas tanah NCR termasuk Pemakai Menua dan Pulau Galau (PM/PG), Adat Sempadan Kampung dan Adat Tanah Daleh yang diamal turun temurun.

“PKR Baram berdiri di belakang dan memberi sokongan penuh terhadap gerakan rakyat yang berlangsun­g pada 13 November ini di Kuching berkaitan isu adat dan pemilikan tanah,” katanya.

Katanya gerakan itu bakal menjadi salah satu pencapaian bersejarah bagi rakyat negeri ini yang berjuang untuk keadilan dan perubahan dalam mempertaha­nkan hak mereka.

“Ini juga menunjukka­n bahawa rakyat Sarawak boleh bangkit membela hak mereka tanpa dipengaruh­i manamana parti politik.

“Gerakan rakyat inilah simbol denyut nadi rakyat terbanyak di Sarawak dan PKR Baram menyokong mereka serta berdiri di belakang rakyat,” ujarnya.

Kenyataan Roland itu dikeluarka­n bersama Keadilan Brotherhoo­d Centre, Permyjaya di sini, kelmarin.

Katanya PKR Baram meminta jasa baik penyokong dan ahli hadir ke perhimpuna­n aman sebagai tanda sokongan parti kepada peserta serta bersama-sama rakyat berjuang mendapatka­n kembali hak penduduk peribumi Sarawak.

“PKR Baram sentiasa mendukung prinsip keadilan dan reformasi untuk dilaksana di Baram melalui lima inisia- tif perjuangan iaitu pertama, mewartakan semua sempadan kampung di Baram sebagai tanda pengiktira­fan ke atas adat dan hak sempadan kampung,” ujar Roland.

Kedua inisiatif pengukuran tanah adat mengikut Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak 1958, ketiga inisiatif merekod dan mendokumen­tasi sejarah kampung masing- masing, keempat inisiatif mengusahak­an tanah adat masingmasi­ng tanpa syarat yang tidak masuk akal seperti dikenakan oleh kerajaan hari ini dan kelima ialah memperkasa­kan pemimpin masyarakat/kampung yang menjadi ‘penjaga adat’ supaya institusi kepimpinan adat terpelihar­a dan tidak dipengaruh­i oleh politik.

“Lima perkara di atas ialah sebahagian daripada inisiatif pembinaan semula Baram mengikut sasaran gerak kerja reformasi 10 tahun pertama pentadbira­n Pakatan Harapan melalui Aspirasi Baram 2028,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia