Utusan Borneo (Sarawak)

Usul henti pengeboman batu oleh syarikat kuari dibentang di DUN

-

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa Chong Chieng Jen akan membentang­kan usul untuk menghentik­an semua aktiviti pengeboman batu oleh dua syarikat kuari di Kota Sentosa dan Kota Samarahan pada Persidanga­n DUN yang akan bermula pada 8 November (esok).

Bercakap pada sidang media di ibu pejabat DAP di sini kelmarin, Chong berkata Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar menetapkan zon selamat bagi kawasan perumahan dari kuari mesti lebih daripada 600 meter.

“Kuari di Batu 7 bersebelah­an dengan Bazaar Batu 7 Kuching iaitu terletak kurang daripada 250 meter dari kawasan perumahan (Mei Lee Garden) di Jalan Stakan.

“Manakala satu lagi kuari di Jalan Datuk Mohd Musa di Kota Samarahan terletak kurang daripada 350 meter dari kawasan perumahan di Lorong Bukit Stigang,” katanya sambil menambah, tidak kurang daripada 300 penduduk di kedua- dua kawasan tersebut terjejas secara langsung atau tidak langsung dengan kuari tersebut.

Tambah Chong yang juga pengerusi DAP Sarawak, kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah, Pulau Pinang baru-baru ini telah meragut 11 nyawa meskipun tapak pembinaan terletak lebih 700 meter dari tapak pengeboman kuari.

“Kami tidak mahu insiden yang sama berlaku di dua kawasan perumahan ini yang terletak kurang daripada 350 meter dari kuari berdekatan,” kata Chong.

Jelas Chong lagi, kerajaan negeri mempunyai kuasa mutlak untuk menghenti atau meluluskan aktiviti pengeboman batu oleh kuari yang beroperasi di Sarawak.

“Kita akan lihat jika kerajaan negeri sedia untuk mempertimb­angkan keselamata­n rakyat Sarawak atau sebaliknya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia